Home / Semasa / AWAS! Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama ‘LHDN’, ‘Bank Negara’ Dan ‘AIA Insurance’ | MyBlog

AWAS! Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama ‘LHDN’, ‘Bank Negara’ Dan ‘AIA Insurance’ | MyBlog

Sindiket penipuan Macau Scam semakin hari semakin menjadi-jadi dalam usaha utk memperdayakan mangsa menggunakan taktik terbaru.

Kali ini, mereka dilaporkan menggunakan taktik kreatif terbaru dengan memetik nama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara & AIA Insurance.

Sebelum ini, telah banyak kes kejadian penipuan melibatkan sindiket Macau Scam yg melibatkan kerugian wang sehingga jutaan ringgit menggunakan pelbagai taktik.

Personaliti dalam bidang perguaman terkemuka Zee How Tai atau lebih popular dengan gelaran Apek Cina baru-baru ini telah membuat pendedahan mengejutkan mengenai Macau Scam.

Khabarnya, beliau telah berjaya menyelamatkan tiga rakannya dari menjadi mangsa penipuan Macau Scam yg menggunakan taktik terbaru tersebut.

Berikut merupakan kisah yg dikongsikan beliau melalui Facebooknya, Ulasan Apek Cina.

Tangkap layar dari Facebook Ulasan Apek Cina– Tangkap layar dari Facebook Ulasan Apek Cina

Mohon kongsikan post ini utk membantu lagi ramai daripada ditipu duit simpanan oleh scammer.

Dalam tiga minggu ini, Apek Cina telah berjaya menghalang 3 sahabat saya daripada ditipu scammer Macao melalui telefon.

Tiga-tiga kawan saya ini masing-masing menerima panggilan daripada “LHDN”, “Bank Negara” & “AIA Insurance”.

Mereka menerima panggilan daripada LHDN/BNM/AIA, & taktik yg sama digunakan.

Mereka menuduh kamu bahawa identiti kamu disalahguna oleh orang lain, contohnya, Kad Pengenalan kamu telah diguna utk membuka syarikat; atau kad pengenalan kamu telah digunakan utk membeli & menuntut insurans;
Kemudian, mereka akan menuduh bahawa kamu melanggar undang-undang seperti tuntutan palsu, pengubahan duit haram.
Setelah itu, mereka akan “menyambung talian“ kepada PDRM & memberikan satu nombor telefon kepada kamu. Mereka meminta kamu “periksa“ nombor itu daripada Google, tetapi tdk membenarkan kamu menelefon k3rana kamu masih atas talian.
Nombor telefon yg mereka berikan itu, berbeza sikit dengan nombor betul balai polis. Ada kes, Dia bagi nombor yg berbeza urutan sikit – contoh dalam kes semalam, dia bagi nombor seorang Sarjan dari IPK Kontinjen Negeri Sembilan – 06-6782222, di mana nombor sebenar adalah 06-7862222. Sekiranya kamu tdk berwaspada, kamu akan ingat bahawa nombor tersebut sememangnya daripada seorang Sarjan.
Setelah nombor telah disambungkan kepada “PDRM“, mereka akan memberitahu nombor kad pengenalan kamu secara tepat.
Maka mereka akan tanya kamu tentang perincian lain seperti nombor bank akaun, jumlah duit & sebagainya.
Apakah yg mereka lakukan seterusnya? Menakutkan kamu bahawa kamu adalah dalam siasatan utk kes jenayah lain seperti dadah, duit haram, lari cukai & sebagainya. Kalau kamu potongkan talian masa itu, mereka akan panggil balik bertubi-tubi.
Ketika itu, kamu sudah takut & letih. Kamu akan menafikan segala-galanya. Masa itulah, “Sarjan “ tersebut akan menakutkan kamu lagi & menghulurkan bantuan.
Bantuan terpulang kepada jumlah duit simpanan kamu. Kalau duit tak banyak, maka mereka akan minta kamu pinjam duit & bank in kepada akaun sekian-sekian sebagai “deposit” & setelah kes selesai, mereka akan pulangkan duit tersebut.
Jikalau duit kamu banyak, maka mereka akan meminta perincian banking & password & nombor TAC sebagainya utk siasatan lanjutan utk bersihkan nama kamu.

Tiga-tiga sahabat saya text saya dengan phone yg kedua setelah berjam-jam berurusan dengan “Sarjan” atau “Inspektor“ tersebut. Mereka takut k3rana tdk pernah berurusan dengan PDRM, mereka juga letih & penat masa itu.

Saya seorang peguambela jenayah. TENTULAH saya berkawan dengan PDRM khususnya pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat TIDAK AKAN memanggil kamu bertubi-tubi utk siasatan dengan telefon.
Biasanya akan WhatsApp. Mereka tdk takut utk memberikan nombor WhatsApp peribadi mereka k3rana mereka hanya menunaikan tanggungjawab sebagai pegawai penyiasat.
Mereka sibuk, tiada masa “melayan“ kamu atas talian berjam-jam. Jikalau maklumat lanjutan diperlukan, mereka akan memanggil kamu ke pejabat bawah seksyen 111–113 Kanun Tatacara Jenayah utk membantu siasatan.
Begitu juga sama dengan panggilan dari mahkamah. Saya berurusan dengan mahkamah, tiada sekali ada panggilan daripada mahkamah utk menghadiri mahkamah. Semua melalui surat-menyurat/e-mel/e-filing.

Nasib baik sahabat-sahabat call saya. Kes semalam, saya call ke IPK Negeri Sembilan melalui nombor yg betul, PDRM memberitahu saya terus bahawa itu adalah scammer.

Bila saya minta sahabat pasangkan “loud speaker” dengan “ Sarjan” tersebut, “Sarjan” pula menjerit kepada saya.

Maka saya minta sahabat saya tutupkan talian tersebut & panggil kepada IPK Negeri Sembilan sendiri & beliau dinasihati PDRM bahawa itu adalah scammer.

Sentiasa berwaspada.

Sekiranya ada kes kerajaan/PDRM, takkan seorang pegawai melayan anda “berjam-jam“ & tdk berikan peluang utk berehat. LHDN telah keluarkan e-mel menyatakan bahawa mereka tdk akan “call“ & “menyambung talian“ kepada PDRM.

Mohon kongsikan post ini utk menghalang mereka daripada ditipu.

Sumber: Ulasan Apek Cina

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.