Home / Semasa / Ditvduh Aibkan Negara Sendiri Buat Modal Lawak, Ini Balas Harith Iskander Buat Ketua Pengarah Jabatan Terkedu.

Ditvduh Aibkan Negara Sendiri Buat Modal Lawak, Ini Balas Harith Iskander Buat Ketua Pengarah Jabatan Terkedu.

SELEPAS ditegur k3rana menjadikan perkhidmatan Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai bahan jenaka, pelawak Harith Iskander tetap mempertahankan tindakannya itu.

Menurut Harith, 56, stand up komedi adalah cerminan kepada diri sendiri & ia berkuasa mencetuskan perbincangan tentang isu sosial dalam masyarakat.

“Marvel Avengers juga kurang tepat (misleading) sehingga anda sedar ia hanya filem & bukannya dokumentari. Ini respons yg saya terima daripada netizen daripada klip video Netflix “I Told You So” yg dimuat naik baru-baru ini.

“Persembahan stand up komedi boleh menjadi senjata yg sangat berkuasa dalam membincangkan mengenai isu sosial.

“Netizen sentiasa bertanyakan sama ada jenaka saya betul, namun akhirnya stand up komedi ialah melihat diri kita melalui cermin & masyarakat tertawa. Dan kita jangan pernah hilang keupayaan utk ketawa, terutamanya pada diri sendiri,” katanya di Instagram.

Sebelum ini, gara-gara jenaka mengenai perkhidmatan Jabatan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Harith menerima teguran Ketua Pengarah jabatan itu, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud di Twitter.

Menurut Khairul Dzaimee, jenaka membandingkan perkhidmatan imigresen di Lapangan Terbang Changi, Singapura & KLIA adalah tdk tepat & mengelirukan.

“Ini mengelirukan, Harith,” kata Khairul Dzaimee di Twitter secara ringkas.

Persembahan stand up komedi boleh menjadi senjata yg sangat berkuasa dalam membincangkan mengenai isu sosial

HARITH ISKANDERPELAWAK

Khairul Dzaimee menegur tindakan Harith berkongsi rakaman video lama yg dilihat seolah-olah cuba memberi gambaran tentang kelemahan sistem perkhidmatan Jabatan Imigresen di KLIA.

Kelemahan berkenaan merujuk kepada kaunter jabatan tersebut yg tdk beroperasi sepenuhnya.

Bagaimanapun Harith membalas twit Khairul Dzaimee dengan mengatakan bahawa rakaman berkenaan adalah bahan stand up komedi & bukannya persidangan Parlimen.

Isu berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dengan ada antara mereka yg menyokong jenaka yg dilakukan Harith.

Kata mereka bahan jenaka itu pernah terjadi ketika berurusan dengan Jabatan Imigresen di KLIA.

Namun ada juga yg mempertikaikan perbuatan Harith k3rana menurut mereka ia seperti ‘membahan’ atau mempersendakan negara sendiri demi stand up komedi.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.