Home / Semasa / 52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat

52 kenderaan musnah, polis siasat kemungkinan elemen khianat

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kebakaran yang memusnahkan 52 kenderaan di kawasan parkir sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini, awal pagi Jumaat termasuk elemen khianat.

 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan kejadian diterima pada jam 4.21 pagi dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 4.56 pagi.

 

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian mendapati kebakaran memusnahkan 48 motosikal serta empat kereta itu dipercayai bermula dari sebuah motosikal sebelum merebak ke kawasan tempat parkir motosikal berbumbung.

 

“Anggaran kerugian keseluruhan kebakaran tersebut dianggarkan RM300,000. Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Baldev Singh atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

 

Kredit : Sinar Harian

About admin2

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.