Home / Terkini / Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor

SHAH ALAM – Hanya 14 daripada 343 pusat penyembelihan di Selangor yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setakat Januari lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, baki daripada jumlah tersebut masih belum mendapat sijil berkenaan.

Menurutnya, antara punca premis-premis berkenaan sukar mendapatkan SPHM kerana kebanyakan mereka menjalankan aktiviti sembelihan di atas tanah pertanian.

“Tapi perkara ini boleh dibincangkan supaya mereka dipindahkan ke premis-premis industri untuk mengurangkan pencemaran kawasan sekitar seperti darah daripada sisa sembelihan dapat diurus dengan baik.

“Semua 343 premis tersebut dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), cuma kita sedang melihat bagaimana mereka boleh dijadikan sebagai pusat sembelihan halal yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor 2022 di Shah Alam Convention Centre, di sini pada Jumaat.

sumber: sinar harian

About admin2

Check Also

Ainul Ditidurkan, Say4 Redha, Dah Halalkan An4k Saya – Bapa Ainul

Ainul Mardhiah sebelum ini yang disahkan mengalami jangkitan di seluruh badan. kini terpaksa dipasangkan alat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.