Home / National / Hanya Hulu Terengganu masih terjejas

Hanya Hulu Terengganu masih terjejas

KUALA TERENGGANU – Hulu Terengganu menjadi daerah tunggal yang masih terjejas susulan bah gelombang kelima melanda Terengganu sejak Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, setakat jam 4 petang Jumaat, seramai 1,840 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 2,848 pada jam 8 pagi.

“Semua mangsa melibatkan 508 keluarga terjejas itu ditempatkan di 11 PPS yang diaktifkan sejak banjir mula melanda daerah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, keadaan banjir di Dungun pula pulih sepenuhnya selepas 308 mangsa dari 72 keluarga yang menghuni empat PPS pulang ke rumah masing-masing pada jam 11 pagi Jumaat.

“Keadaan cuaca sekarang adalah hujan di semua daerah dengan sebahagian darinya hujan renyai,” katanya.

sumber:sinar harian

About admin2

Check Also

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pant4i Mexico, Ribu4n Ikan & Sotong Mati Terdampar

Fenomena Air Pasang Merah ‘Misteri’ Landa Pantai Mexico, Ribuan Ikan .& Sotong Mati Terdampar MEXICO …

Leave a Reply

Your email address will not be published.