Home / Semasa / Rumah Kontena : Alternatif Kediaman Terkini Di Malaysia

Rumah Kontena : Alternatif Kediaman Terkini Di Malaysia

Apa itu rumah kontena?

Boleh ke kontena jadi rumah?

Boleh jadi alternatif untuk rumah kediaman ke?

Percaya atau tidak? Hari ini, rumah boleh dibina dengan apa sahaja termasuk kontena.

Seperti yang anda baca, ‘rumah kontena’ adalah rumah yang diperbuat samada sebahagian atau sepenuhnya daripada kontena yang digunakan syarikat perkapalan untuk tujuan import dan eksport barangan dari satu negara ke negara lain menerusi jalan laut.

Kenapa kontena jadi alternatif untuk kediaman?

Kerana saiznya yang luas, harganya yang murah, mudah didapati samada dalam kondisi baru atau terpakai dan proses pemasangan boleh dilakukan secara mudah dan cepat.

Sebenarnya, trend rumah kontena dah mula popular di Malaysia semenjak tahun 2017 lagi dan semakin popular di seluruh dunia pada saat dunia dilanda wabak pandemik COVID-19.

Budaya bina rumah menggunakan kontena atau “container home” sebenarnya bermula lebih awal di German, Perancis, Sweeden, Amerika Syarikat dan Australia.

Malangnya, harga sebuah rumah kontena di negara-negara tersebut adalah sangat mahal dan boleh dikatakan lebih mahal daripada harga median rumah kediaman.

Hal ini kerana, industri rumah kontena yang bernilai jutaan USD ini telah dikomersialkan secara agresif sebagai alternatif untuk rumah kediaman oleh pemaju yang biasanya datang dengan reka bentuk yang membosankan.

Berbeza dengan rumah kediaman biasa, rumah kontena boleh dibuka dan dipasang semula dengan mudah.

Ini beri kelebihan kepada individu yang pentingkan kebebasan geografi dan tidak mahu / boleh menetap di satu lokasi dalam masa yang lama.

Akan tetapi,

Jenis Kontena Yang Ada Di Malaysia

Buat pengetahuan anda, terdapat tiga jenis kontena yang biasanya orang gunakan untuk bina kediaman. Antaranya :-

. Kabin

. Fabrication

. Shipping Container

Cara Nak Bina Rumah Kontena

1. Tanah

Cari tanah yang sesuai untuk anda bina rumah kontena. Harga tanah di kawasan tumpuan adalah lebih mahal, maka anda disarankan cari tanah di kawasan pinggir bandar atau luar bandar.

Anda boleh pilih untuk cari tanah jenis kediaman atau tanah pertanian.

Jika anda ada tanah sendiri, lebih mudah proses pembinaan rumah kontena ini.

1. Cari Kontena

Seterusnya, anda boleh mula mencari kontena untuk bina rumah. Boleh Google ‘kontena rumah’ atau ‘kontena terpakai’ untuk dan bandingkan harga dan kondisi kontena tersebut mengikut kemampuan kewangan anda.

Ikut lokasi rumah kontena anda, buat carian secara manual di pelabuhan terdekat.

Jika lokasi rumah kontena anda di Lembah Klang, buat carian di Port Klang.

Jika lokasi rumah kontena anda di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, pergi buat carian di Penang Port.

Akan ada orang tengah yang uruskan urusan jual beli kontena untuk pelbagai saiz dan fungsi kontena.

Ada kontena yang murah tetapi sudah kemik dan ada sedikit kerosakan, dan ada juga kontena baru.

Saiz kontena mestilah cukup luas untuk anda jadikan ‘kediaman’ kerana kontena mempunyai banyak jenis dan saiz.

Lazimnya, anda memerlukan dua atau lebih kontena saiz 20×8 atau 40×8 kaki untuk dijadikan ‘rumah’.

1. Arkitek

Upah khidmat arkitek yang bertauliah untuk melukis pelan rumah kontena anda sesuai dengan saiz tanah yang anda miliki.

Bincang dengan arkitek berkenaan rekaan rumah yang anda idamkan dengan betul kerana anda akan mengeluarkan kos yang besar untuk bina rumah kontena ini.

Arkitek adalah orang yang akan menjadikan impian anda menjadi realiti.

1. Kontraktor

Upah kontraktor yang sah dan mempunyai kad CIDB untuk bina rumah kontena anda.

Proses membina rumah kontena tidaklah terlalu rumit, tetapi anda perlu pilih kontraktor yang betul supaya tidak ditipu atau anda terpaksa mencari kontraktor lain pula di kemudian hari.

Tempoh masa bergantung kepada jumlah tenaga pekerja dan keluasan rumah.

Ada rumah kontena yang siap dalam masa 30 hari dan ada yang makan masa sehingga 6 bulan lamanya.

1. Utiliti

Memandangkan rumah kontena ini adalah rumah kekal, maka anda perlu ada utiliti asas seperti elektrik dan air.

Caranya, pastikan anda bina tandas kekal menggunakan batu dan simen supaya TNB dan Syabas nilai kontena tersebut sebagai kediaman tetap bukan struktur tidak kekal seperti di tapak pembinaan, kilang dan sebagainya (industri).

Puncanya, kadar caj bil elektrik dan air untuk perindustrian adalah lebih tinggi berbanding kediaman.

1. Kebenaran Bertulis

Jangan tak tahu yang anda perlu dapatkan kebenaran secara bertulis daripada unit Perancangan Bandar menerusi Majlis Bandaraya kawasan anda.

Biasanya, permohonan untuk bina rumah kontena di kawasan kediaman agak sukar diluluskan atas faktor keselamatan dan sebagainya.

Situasi ini berbeza jika anda bina rumah kontena di tanah persendirian.

Kalau boleh, elakkan bina rumah kontena di tanah pertanian walaupun budaya ini diamalkan di seluruh Malaysia.

Takut satu hari nanti, Majlis Bandaraya mewajibkan kediaman yang dibina di atas tanah pertanian perlu dipindah milik, ini akan menambah kerja anda di kemudian hari.

1. Pengurusan Haba

Memandangkan anda akan tinggal di dalam ‘kotak besi’, penghawa dingin sahaja sebenarnya tidak mencukupi dan bukanlah solusi terbaik.

Pengurusan haba yang betul mestilah menggunakan insulation supaya kebergantungan penghuni kediaman terhadap penghawa dingin kurang.

Kos elektrik juga dapat dijimatkan kerana adanya insulation.

Satu benda yang menarik adalah, saiz kontena yang kecil menyebabkan suhu dalaman cepat sejuk berbanding rumah kediaman yang diperbuat daripada batu dengan saiz yang besar.

Pro & Cons Bina Rumah Kontena

Pro :-

1. Rumah siap lebih cepat berbanding rumah konvensional menggunakan batu dan simen sepenuhnya.

2. Harga untuk pembinaan rumah kontena di Malaysia jauh lebih murah berbanding rumah konvensional.

3. Anda boleh berpindah ke tempat lain bila-bila masa.

Cons :-

1. Perlukan tunai yang banyak (sukar dapat pinjaman dari bank)

2. Risiko kesihatan kerana kontena mungkin digunakan untuk angkut bahan kimia.

3. Tidak ramai pakar yang benar-benar tahu cara bina rumah daripada kontena dengan betul.

4. Suhu di dalam kontena biasanya panas dan perlukan kos untuk pengudaraan dan pengurusan haba.

Sebenarnya, trend rumah kontena di Malaysia masih belum popular.

Kerana, budaya pembeli rumah Malaysia yang lebih suka beli rumah undercon (siap) berbanding bersusah payah untuk bina rumah sendiri.

Akan tetapi, rumah kontena sangat popular dalam industri pelancongan dan perhotelan.

Puncanya?

Tinggal di dalam kontena memberikan satu pengalaman baru.

Soalnya, adakah kontena adalah alternatif untuk rumah kediaman di Malaysia?

Ya, jika anda inginkan kelainan yang jimat kos.

Untuk jangka panjang juga baik asalkan anda servis dan baik pulih kerosakan yang ada supaya rumah kontena anda mampu tahan lebih lama.

Kredit : Majalah Labur

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.