Home / Semasa / “Semua dah berakhir “-Lepas terima duit ibu Tangmo tiba2 mengelak dari wartawan

“Semua dah berakhir “-Lepas terima duit ibu Tangmo tiba2 mengelak dari wartawan

Ibu kepada mendiang pelakon terkenal Thailand, Nida “Tangmo” Patcharaveerapong hari ini menyatakan keikhlasannya memaafkan dua lelaki yg bersama anaknya pada hari Nida terjatuh dari bot laju, lapor Bangkok Post.

Pun begitu, si ibu yg dikenali sebagai Panida Siriyuthayothin ini tdk memaafkan tiga lagi individu yg turut berada di atas bot yg sama pada hari kejadian.

 

Dalam sebuah sesi temu bual yg disiarkan dalam program televisyen tempatan, Panida berkata dia memaafkan kedua individu yg merupakan pemilik & pengendali bot laju pada malam tragedi 24 Februari itu.

Pemilik bot hubungi setiap hari mohon maaf

Memetik Bangkok Post, Panida dihubungi pemilik bot berkenaan pada hari sebelumnya yg memohon maaf & mahu menemuinya utk meminta maaf secara peribadi.

Awalnya, Panida mengaku masih marah terhadap lelaki itu namun pemilik bot itu terus dihubungi setiap hari meminta maaf & berjanji akan menjaga wanita berkenaan yg baru kehilangan anak perempuannya.

“Dia berjanji akan menjaga saya seperti mana Mo (Tangmo) menjaga saya. Saya maafkan dia k3rana dia secara konsisten mencuba utk menghubungi saya & dia tahu saya sedang sakit,” ujar Panida memetik laporan Bangkok Post.

Setuju terima pampasan

Memetik Coconuts Bangkok, Panida berkata pemilik bot itu telah menawarkan pampasan sebanyak THB 30 juta (RM 3,840,590.86) di atas pemergian Tangmo Nida.

”Dia memberitahu saya utk mengira pendapatan Tangmo, jika dia membintangi lakonan dengan harga 800,000 hingga 1 juta baht (kira-kira RM127 ribu) setiap siri, & jika dia masih hidup selama 30 tahun lagi, dia mungkin akan memperoleh lebih daripada jumlah ini,” ujarnya.

Menurut Panida, dia bersedia menerima pampasan dari lelaki itu yg berjanji bakal memberikan jumlah seperti mana ditetapkan olehnya.

Tambah Panida, dia turut memaafkan pengendali bot pada malam itu k3rana telah menemani si pemilik bot utk menemuinya.

Namun begitu, wanita ini menyangkal dakwaan bahawa kemaafannya adalah k3rana wang pampasan yg bakal diterima.

Masih tak maafkan pengurus Tangmo

Panida turut kesal dengan beberapa kenalan rapat mendiang anaknya yg menyatakan hasrat mereka mengadakan upacara pemakaman utk Tangmo, tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ujar Panida memetik laporan Bangkok Post, dia juga telah membuat perancangan utk upacara pemakaman mendiang anaknya.

Dalam pada itu, Panida mengaku tetap tdk boleh memaafkan pengurus Tangmo k3rana wanita itu hanya menghubunginya tiga hari selepas pemergian Tangmo & turut menyalahkan pengurus anaknya itu atas kematian Tangmo, lapor Bangkok Post.

Ibu terima pampasan, abang Tangmo didakwa kesal

Berikutan persetujuan Panida menerima pampasan itu, abang Tangmo beserta beberapa individu didakwa merasal kesal dengan tindakan tersebut, lapor portal.

Hal ini turut disuarakan pelakon & penyanyi Jennifer Kim melalui laman Instagram miliknya.

“Saya sangat percaya duit mampu beli segalanya & hari ini, saya percaya duit juga mampu beli sifat keibuan dalam diri seseorang,” tulis Jeniffer.

Sementara itu, Peguam Sittra Biabungkerd juga turut bersimpati ke atas nasib mendiang selebriti itu yg baginya masih ‘dipergunakan’ walaupun telah meninggal dunia.

“Saya rasa sangat kesian pada Tangmo. Tiadakah orang yg tulus menyayanginya tanpa ganjaran ap4-ap4? Walaupun dia telah tiada, orang masih mencari utk memperoleh sesuatu,” ujar Sittra Memetik.

Dalam pada itu, abang kepada mendiang Tangmo hanya mampu menzahirkan rasa kesal dengan satu perkataan.

Kecewa,” tulis abang Tangmo sendiri dalam satu hantaran selepas kemunculan ibunya.

Sumber – Siakap keli.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.