Home / Semasa / Wanita Dakwa Dirasuk Oleh R0h Tangmo Nida Viral Di TikTok, Mer4ung Kesejukan Bawah Jambatan

Wanita Dakwa Dirasuk Oleh R0h Tangmo Nida Viral Di TikTok, Mer4ung Kesejukan Bawah Jambatan

RAKAMAN video seorang wanita menangis sambil meminta tolong didakwa dirasuk roh mendiang Tangmo Nida menjadi tular di aplikasi TikTok.

Menerusi akaun Rawangtan, video berdurasi seminit itu memaparkan seorang wanita meraung sambil memberikan petunjuk lokasi mayat Tangmo.

Video itu dimuat naik di aplikasi berkenaan sehari sebelum penemuan mayat aktres berusia 38 tahun itu pada Sabtu lalu.

Dalam klip berkenaan, wanita berkenaan yg tdk dapat dipastikan identiti itu memberitahu dia sudah lemas & kesejukan di bawah jambatan.

Tolong saya sejuk. Saya dah tak larat. Saya ada di jambatan. Saya lemas dalam air. Betul-betul saya sejuk!

“Sesiapa sahaja tolong saya. Mereka tangkap saya & tenggelamkan saya. Mereka tak bagi saya naik atas. Saya dah mati.Tolong saya, saya dah tak larat. Emak & ayah tolong, Phi Baht (nama seseorang yg tak dikenali).

“Phi Baht duduk dekat bot sahaja, tak tolong saya pun. Phi Baht tak nampak ke? Kenapa bodoh? Kenapa tak buat ap4-ap4? Tak cari saya pun,” kata wanita yg dirasuk itu.

Video dirasuk roh Tangmo itu menerima lebih 12 juta tontonan & hampir 800,000 tanda suka.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas k3rana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Dalam perkembangan lain, pihak polis sedang menyiasat lima individu yg turut berada di dalam bot sama yg dinaiki Tangmo.

Polis sahkan Tangmo Nida mati lemas

Bangkok: Misteri kematian pelakon Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo Nida terjawab apabila polis mengesahkan pelakon itu meninggal dunia akibat lemas.

Ia hasil pemeriksaan forensik.

Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kematian pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

Menurut Jirapat, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tdk memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yg berada di atas bot yg sama dengan Nida.

“Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yg mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal & menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) utk analisis forensik,”katanya.

Berhubung luka & lebam yg ditemui pada lengan & bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yg menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari & bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tdk bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecederaan, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek keras & bukan pergaduhan.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot & mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tdk dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yg didakwa rakan-rakannya, k3rana mayat sudah di dalam air utk waktu yg lama.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yg terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai .

Katanya, ia k3rana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, & arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tdk perlu tenggelam ke dasar sungai utk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.