Baru sahaja mahu ‘meraikan’ hari terakhir menjalani kuarantin, seorang gadis berkongsi kekecewaan apabila sebatang gigi hadapannya patah sehingga menimbulkan rasa lucu dalam kalangan netizen.
Menerusi beberapa perkongsian di aplikasi TikTok, Nur Fatihah Mazlan berkata giginya itu sudah mula sakit ketika hari pertama dia positif Covid-19 sebelum tiba-tiba ‘tercabut’ pada hari terakhir kuarantin.
“Ingatkan hari terakhir kuarantie boleh happg. Rupanya tak boleh senyum terus lepas nii,” tulisnya mengenang nasib dialami.
Menurut gadis berusia 25 tahun itu, dia mengakui berdepan perasaan bercampur baur antara sedih & kelakar sambil menceritakan semula detik-detik gigi tersebut kepada pengguna TikTok.
Bercerita lanjut, Nur Fatihah berkata dia sedang menikmati makanan Piza sebelum terasa sesuatu ketulan dalam mulutnya ketika mengunyah sekali gus terkejut dengan ‘kemunculan’ gigi berkenaan.
“Gigi depan ni dah sakit hari pertama sampai ketiga. Lepas tu, semalam hari terakhir pesan Pizaa. Takde terlanggar ap4-ap4.
Cuma sebelah gigi yg patah ni, pun dah lama tiada sejak 2016. Gigi tu pula teman gigi sebelah balik ke ‘rahmatullah’,” katanya berseloroh.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat gadis tersebut. Mana tidaknya, dia masih mampu berbuat lawak walaupun nikmat utk makan sudah hilang selain senyuman juga kurang menawan.
Sumber: TikTok @ftzln97
Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)
Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)