Home / Semasa / Benarkah Farm Fresh Salah Guna Kempen ‘Segar’ Dan ‘Susu Tempatan’? | MyBlog

Benarkah Farm Fresh Salah Guna Kempen ‘Segar’ Dan ‘Susu Tempatan’? | MyBlog

Sejak pengumuman Farm Fresh Bhd berjaya mengumumkan penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia menerusi penawaran IPO dengan harga RM1.35 seunit, timbul isu tdk enak melibatkatkan IPO syarikat susu tersebut.

Sebelum ini, isu mengenai latar belakang Farm Fresh hangat diperkatakan dalam kalangan netizen yg dikaitkan dengan pemilikan saham & bumiputera.

Tular pula baru-baru ini, dikatakan bahawa Farm Fresh sebenarnya bukanlah produk susu segar seperti tagline yg digembar-gemburkan syarikat susu itu, “Inilah baru susu segar”.

Perkara ini didedahkan oleh pemilik akaun blog persendirian di Facebook, Bomoh Bursa yg menyatakan syarikat tersebut telah menyalah guna kempen mereka mengenai ‘segar’ & ‘susu tempatan’. Berikut merupakan pendedahan Bomoh Bursa.

Tok rasa Tok dah tertipu. Kita semua dah tertipu. Selama ni Tok percaya & bermati-matian ingat susu keluaran Farm Fresh adalah susu segar, dari ladang tempatan kononnya.

Berbeza dengan susu lain yg ada di pasaran. Belum lagi kempen 48 jam daripada ladang yg jelas-jelas dusta semata-mata.

Farm Fresh benar-benar guna susu segar?

Persoalan besar – cukupkah susu yg dihasilkan lembu-lembu susu Farm Fresh dari ladang tempatan utk production susu mereka.

Bagi menjawab kenyataan Farm Fresh menggunakan susu segar.

Farm Fresh Bukan Susu Segar

b

Fakta di sini menunjukkan Farm Fresh ada membeli susu beku & susu tepung daripada pembekal Australia dengan jumlah yg sangat besar. Takkan guna utk bagi lembu minum pula kan?

Berapa banyak susu dihasilkan daripada farm di Malaysia?

Tahun 2020-2021, hanya 12* juta liter (9* juta liter farm sendiri + 3 juta liter farm luar) sahaja.

Berbanding dengan kesuluruhan susu yg digunakan sebanyak 70* juta liter. Direkodkan susu Farm Fresh sendiri hanyalah 12% sahaja.

Maksudnya yg diimport lebih 80%! Kiranya Farm Fresh ini susu import juga la kan?

Farm Fresh Bukan Susu Segar

Dalam prospectus juga menunjukkan production di kilang-kilang Farm Fresh adalah 34* juta liter. Walhal pengeluaran susu di Malaysia yg direkodkan hanyalah 12* juta liter! Dari mana datang selebihnya?

Farm Fresh Bukan Susu Segar

Maka jelaslah segala claim & kempen marketing adalah sangat misleading. Kesimpulannya,

1. Majoriti susu Farm Fresh adalah diimport.2. Farm Fresh juga menggunakan susu tepung & susu beku.3. Farm Fresh tiada beza dengan jenama susu-susu lain.4. Mungkin dakwaan susu segar dicampur susu beku & tepung adalah benar.

Ulasan pengedar susu Farm Fresh

Dakwaan tersebut telah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen. Perkara ini juga turut menarik perhatian seorang pengedar Farm Fresh mengulas isu tersebut.

Saya cuba menjawab sekadar pengetahuan saya sebagai salah seorang pengedar susu Farm Fresh:

Susu Farm Fresh sekarang ada banyak SKU atau jenis.

Selain susu menggunakan jenama Farm Fresh sendiri, ada juga susu import atas nama Yarra, Barista. Malah ada juga menggunakan susu Oat, Soya, Almond & macam-macam lagi.

Cuba perhatikan di label susu tersebut. Memang ada dinyatakan Susu Pepejal/Recombine Milk/Susu Tepung walaupun dikilangkan oleh Farm Fresh.

Begitulah juga susu di Tesco dikilangkan oleh Farm Fresh, namun tdk menggunakan susu segar sahaja. Sebab itu harganya lebih murah seperti susu-susu import jenama lain.

Agak mustahil utk susu import, menggunakan 100% susu segar. Untuk pengetahuan bagi yg belum tahu, Farm Fresh bukan hanya punyai ladang di Malaysia malah luar negara juga.

Susu yg dilabel 100% susu segar itu pula tdk menggunakan campuran susu import & memang dari ladang & dikilangkan oleh Farm Fresh di Malaysia. Kualiti memang lain & sebab itu harganya lebih mahal berbanding susu campuran.

Selebihnya, Waalahua’lam.

Sumber: Bomoh Bursa, Mohamad Zul Azri

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.