Home / Semasa / “Big Stage Ditvduh Kacau Rating AJL36”- Siap Bagi Tokti Buat Persembahan Untuk Tarik Penonton | MyBlog

“Big Stage Ditvduh Kacau Rating AJL36”- Siap Bagi Tokti Buat Persembahan Untuk Tarik Penonton | MyBlog

PEMILIHAN tema This Is Siti Nurhaliza di konsert minggu kelima Big Stage 2022 bukanlah bertujuan utk menggugat rating Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yg bersiaran langsung di TV3 pada malam Ahad.

Menurut Penerbit Penyelaras Big Stage 2022 iaitu Mohd Noor Firdaus Mahadi, Astro bersaing secara sihat & mahu memberi pelbagai pilihan kepada penonton utk memilih rancangan terbaik.

“Pada pandangan kami kita bersaing secara sihat, kita menawarkan content & kandungan program terbaik utk penonton di luar sana, terpulang kepada mereka nak menonton yg mana satu.

“Kalau terlepas tengok konsert minggu ini, tak ada masalah utk mereka tonton semula menerusi platform digital kami,” katanya kepada mStar.

Noor Firdaus diminta mengulas komen netizen di media sosial mendakwa pemilihan tema mengangkat penyanyi kesayangan ramai itu sebagai strategi menarik penonton.

“Pandai ya Astro tahu minggu ni ada AJL, terus mereka buat tema Siti Nurhaliza. Malam ni terbaiklah semua lagu Siti Nurhaliza.

“Big Stage nak lawan dengan AJL, jadi mereka buat tema Siti Nurhaliza & TokTi pun perform sekali hari ini.

“Big Stage bagi Siti Nurhaliza buat persembahan istimewa di penutup sebab nak mengimbau kenangan menang AJL dulu. Betul-betul kejar rating AJL36 dengan Big Stage ni,” tulis netizen di laman Twitter.

Konsert minggu kelima menyaksikan sembilan peserta diberi tugasan menyanyikan lagu yg pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza.

Pada konsert istimewa itu Siti Nurhaliza turut menyanyikan dua lagu hitanya iaitu Nirmala & Hati Kama.

Mengulas mengenai persembahan kesemua peserta, Siti Nurhaliza yg juga merupakan juri tetap berkata dia berpuas hati dengan kualiti nyanyian mereka.

“Mereka dah berikan yg terbaik, saya percaya mereka dah berusaha sehabis mungkin, cuma setakat mana kemampuan mereka. Alhamdulillah saya sangat gembira dengan persembahan mereka,

semua dah tengok komen yg saya berikan.

“Masing-masing memberikan penjiwaan, muzik yg diubah suai mengikut kesesuaian suara adik-adik semua. Saya terhibur dengan persembahan mereka,” komen Siti.

Konsert minggu kelima Big Stage 2022 menyaksikan Sofiaa Marieylla tersingkir & tdk layak meneruskan saingan di pentas berkenaan.

Sofiaa atau lebih dikenali sebagai Mummy Jerung menyanyikan lagu Ku Mahu menerima markah 58.6 peratus daripada juri.

Selain Siti, Big Stage 2022 turut menampilkan Ajai selaku juri tetap & Aliff Aziz sebagai juri undangan.

Kerusi juri pedas pula diisi oleh pelakon Adlin Aman Ramli & juri presiden netizen, usahawan Datuk Seri Vida.

Big Stage 2022 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Konsert minggu ini dihoskan oleh Sherry AlHadad & Elly Mazlein.

Menepati ramalan, lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yg disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka,

Pusat Dagangan Dunia (PWTC) di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan kumpulan SOG, Raja Nazrin Syah & Fazleena Hishamuddin selaku penulis lirik membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.

Naib juara AJL35 menjadi milik lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik & Hang Nadim & nyanyian Marsha Milan sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Tempat ketiga pula menjadi milik lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli ciptaannya bersama Datuk A Aida sekali gus menyaksikan perkongsian hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.

Penyanyi Aina Abdul menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya oleh Aina, dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cinta nyanyian Marsha Milan pula diumumkan sebagai Persembahan Terbaik yg menyaksikan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 tajaan bersama NOIR Beauty Essence bersama trofi.

Selain itu, Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yg dibawakan oleh Siri OPPO Reno Seven, Lima G, Pakar Potret dimenangi oleh Aina Abdul & Khai Bahar yg membawa pulang wang tunai RM5,000 & trofi.

AJL36 yg disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam itu menyaksikan gandingan Alif Satar & Nabila Huda sebagai pengacara bersama manakala Sissy Iman & Sean Lee sebagai hos karpet merah.

Mengetengahkan tema Ini Rentak Kita, malam kemuncak AJL35 turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi Mas Idayu dengan lagu berjudul Bolehlah Boleh,

Datuk Jamal Abdillah dengan lagu berjudul Samrah Mentari ,Ayda Jebat menerusi lagu Pencuri Hati & kumpulan Cassia.

Dayang Nurfaizah juga membuat kemunculan istimewa di pentas AJL36 kali ini dengan membawakan lagu khas Noir yg menjadi penaja utama acara pada malam tadi.

Segmen interlude menyaksikan persembahan yg bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings menerusi lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan, Opera Hidup

Edisi ke-35 telah diadili oleh barisan juri Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir & Datuk Habsah Hassan.

Untuk info, tahun ini menyaksikan penganjuran AJL dengan dihadiri oleh seramai 200 penonton setelah dua tahun diadakan tanpa kemeriahan & sorakan di dewan.

Penganjuran juga dilakukan dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yg ditetapkan.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.