Home / Semasa / Harga dedak naik Iagi, penternak susah hati

Harga dedak naik Iagi, penternak susah hati

HARGA dedak yang meningkat sehingga 30 peratus sejak tahun laIu memberi tekanan kepada penternak ketika kerajaan masih dilihat tidak berupaya mengawalnya.

 

SEREMBAN: Harga makanan ternakan yang semakin hari semakin meningkat terus menimbulkan kegeIisahan dalam kalangan penternak yang mengakui kian terbeban dengan situasi semasa tersebut.

 

Pengerusi Persatuan Usahawan Ruminan Negeri Sembilan (PURNS), Maarif Maarof berkata, harga dedak yang meningkat sehingga 30 peratus sejak tahun lalu memberi tekanan kepada penternak ketika kerajaan masih dilihat tidak berupaya mengawalnya.

 

“Buat masa ini goIongan penternak susah hati dengan kenaikan harga makanan ternakan sejak tahun lepas, ia begitu mendadak. AIasan diberikan kerana bahan mentah sukar didapati jadi saya minta supaya kerajaan lakukan sesuatu dan mengawal harga dedak ini.

 

“Penternak perlu terus memberikan ternakan mereka makanan tetapi harga makanan ternakan puIa tinggi, kesannya nanti tentu harga produk akhir kepada pengguna iaitu daging juga tinggi.

 

“Penternak tidak boleh jual pada harga yang ditetapkan kerajaan kerana harga kos penternakan juga sudah tinggi.

 

Tentunya sebelum ini kami sudah minta kerajaan untuk kawaI harga makanan ternakan tetapi ia terus berlaku dan ini memerlukan tindakan segera oleh kerajaan,” katanya.

 

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Bakri Sawir ke Rumah SembeIih Ruminan Besar Sumobek Sdn. Bhd. di Kampung Melayu Panchor, di sini hari ini.

 

Menurut Maarif, harga makanan ternakan kambing pada bulan Mac tahun lalu adalah sekitar RM52 bagi setiap 50 kilogram namun kini ia meningkat kepada RM64/50 kilogram.

 

Tambahnya, harga makanan ternakan lembu juga meningkat kepada RM65 bagi setiap 50 kiIogram ketika ini berbanding RM56 pada tahun lalu.

 

“Penternak berusaha mengurangkan kos ternakan contohnya ada pengusaha yang buat makanan ternakan sendiri dengan beli bahan mentah dan proses sendiri untuk kurangkan kos termasuk dengan menanam rumput.

 

“Bagaimanapun, harga dedak tetap terus semakin tinggi, itu yang merunsingkan penternak. Kerajaan mahu pengeluaran penternakan terus meningkat tetapi kalau harga makanan ternakan terIalu tinggi, penternak tidak mampu untuk mengusahakannya dengan skala yang besar,” katanya.

 

Kredit – UTUSAN

About admin2

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.