Home / Semasa / Amalan Salah, Boleh Syirik – Peringatan Dan Teguran Ketika Berdoa Di Mekah | MyBlog

Amalan Salah, Boleh Syirik – Peringatan Dan Teguran Ketika Berdoa Di Mekah | MyBlog

Kerajaan Arab Saudi baru saja melonggarkan syarat & sekatan yg dikenakan di Kota Suci sepanjang pandemik COVID-19 melanda dunia.

Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi juga telah mengumumkan permohonan permit utk mengerjakan ibadah umrah sepanjang bulan Ramadan telah pun dibuka.

Pastinya ramai yg berebut-rebut utk mengambil kesempatan ini bagi mengerjakan ibadah umrah & menjadi tetamu Allah.

Seorang mutawif terkemuka, Shauqi Hasan, menerusi akaun Facebooknya telah membuat dua perkongsian menarik mengenai sikap segelintir umat Islam yg ditemuinya di sana.

Perkongsian beliau ini wajar dijadikan iktibar agar tiada lagi yg terpesong serta mempunyai niat salah ketika menunaikan ibadah umrah & haji.

Berikut merupakan perkongsian pertama Ustaz Shauqi Hasan:

Shauqi Hasan

Contoh yg biasa kita dengar – pergi Mekah sebab nak berdoa biar anak lulus exam, nak mengandung, nak bertemu jodoh & nak kaya.

Macam mana kalau anak tak lulus?

Sekali tu je la kot makcik pergi Mekah, terus tak nak pergi lagi sebab hasrat tak tercapai. Kerana niat nak pergi tu pun semata-mata nak dapatkan sesuatu.

Kalau anak lulus pulak, maka lepas tu asal ada hajat je pergi Mekah, asal ada hajat pergi Mekah. Dah jadi macam satu kepercayaan keramat pula.

Kalaulah betul Allah hanya tunaikan permintaan sesiapa yg berdoa kat depan Kaabah, bermakna Allah tak adil malah kejam utk hambaNya yg tak mampu ke sana.

Tapi hakikatnya Allah tak kejam macam tu.

Tak ada yg salah nak ke sana utk berdoa mengharapkan sesuatu.

Abang sendiri kalau boleh nak pergi selalu. Dan ramai yg kirimkan doa.

Tapi Abang kesian kat orang-orang yg letakkan syarat makbul doa, kena berdoa di Mekah melebihi dari yakin kepada Allah tu sendiri.

Betul, memang ada tempat mustajab berdoa kat Mekah, tapi kalau kat situ je kita beria-ia, balik Malaysia solat tak jaga, doa asal sempat, apalah ertinya.

Kalaulah macam tu punya senang formulanya, dah tentu semua orang Arab jadi manusia paling beruntung dalam dunia.

Paling kaya.

Paling pandai.

Paling banyak anak.

Paling sihat tak ada penyakit langsung.

Paling berjaya.

Depa tak payah buat ap4-ap4, kerjanya masuk Mekah, berdoa sebab asal minta, dapat.

Tu pasal kalau pi Jabal Rahmah, kat tiang tu bersepah-sepah tulis nama.

Nor & Junid.

Heryanto & Dewi.

Ahmad & Siti.

Dah jadi syirik tanpa sedar.

Sebab percaya kalau berdoa kat atas tu boleh dapat jodoh.

Siap tulis nama sekali.

Lain kali ce tulis sekali nombor henfon mana tau cepat sikit jodoh tu sampai.

Selama jadi mutawwif ke sana dulu.

Abang melihat di Mekah tu sendiri ada tanda-tanda kesyirikan.

Nak dapat jodoh, kena panjat bukit Jabal Rahmah tu utk berdoa, cium kiswah, simpan cebisan kiswah, berebut-rebut nak solat kat dalam gua Hira’ segalanya ada.

Macam-macam.

Dan salah satunya kesyirikan adalah bila meletakkan keyakinan makbulnya doa pada Kaabah melebihi Allah itu sendiri.

Tu pasal dulu ada viral kejap bisnes servis berdoa depan Kaabah. Konfem makbul katanya.

Sebab ap4 muncul bisnes-bisnes pelik macam ni?

Sebab kita salah faham the whole concept.

Kita kata orang tu penunggang agama padahal kita pun jadi penunggang agama.

Kita sendiri gunakan agama utk mencapai keinginan dunia kita.

Kan ke sama je dengan dorang tu semua? Tak ada beza.

Done part one.

Nak sambung part two tak?

Salam Subuh,Shauqi HasanMutawif Rare RU1769-20 Mac 2022

(Sambungan) Perkongsian bahagian kedua:

2 Shauqi Hasan

Betul, di Mekah memang ada tempat-tempat mustajab doa, contohnya Multazam (area antara pintu Kaabah & Hajar Aswad).

Tapi, makbulnya doa tak semata-mata ditentukan oleh faktor tempat.

Banyak faktor, antaranya niat, dosa-pahala, kesolehan kita, serta hubungan kita dengan manusia & Allah.

Ketenangan, keyakinan, keperluan, kesungguhan & kerendahan hati sangat mempengaruhi hubungan dalaman & aliran doa.

Berdoa di mana-mana pun SAMA cuma di tempat mustajab macam ni, selalunya kita jadi bersungguh-sungguh bila berdoa.

Sifat Allah tu sendiri Maha Mendengar & Maha Melihat. Bermakna, di sudut mana pun kita berdoa, Dia tetap dengar.

Antara tanda kasih sayang Allah pada kita, Dia tak wujudkan barrier utk kita mohon pada Dia. Doa sentiasa diterima oleh Allah. Antara makbul dengan tak je.

Dan makbul tak makbulnya doa bukan k3rana faktor lokasi semata-mata. Kalau tak makbul, boleh jadi doa tu tak membawa kebaikan seperti yg kita sangkakan.

Allah kan Maha Mengetahui.

Contoh, kita nak kahwin dengan si polan.

Lalu kita berdoa depan Kaabah.

Tapi tak ada jodoh jugak akhirnya.

Kerana Allah lebih tau kalau si polan tu tak sesuai utk kita, nanti Dia pilih utk kita pasangan yg lain.

Atau Allah memustajabkan doa orang lain yg lebih dikehendakiNya.

Atau Allah memustajabkan doa si polan yg nakkan orang lain, tak nak kat kita.

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yg memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, & beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk” (Al-Baqarah, 186).

Allah kata “Aku dekat”.

Itu adalah komitmen Allah utk sentiasa dekat dengan hamba-hambaNya, tak kira bila & di mana pun kita berada.

Tapi, Allah akan lebih mendekat pada kita sekiranya kita beriman & beramal soleh.

Maksudnya, dekatnya Allah dengan hambaNya adalah dekat yg bukan kosong sebab ia berkait rapat dengan doa & perbuatan baik kita.

Di mana-mana pun kita berdoa walau depan Kaabah sekalipun, ada doa yg Allah terima di dunia, & ada juga yg tak dimakbulkan.

Itu hanya Allah saja yg tahu kenapa.

Mungkin disimpan utk diberikan pada hari akhirat dengan sesuatu yg lebih baik.

Atau doa itu ditukar dengan kebaikan lain seperti diselamatkan kita dari bahaya yg tak terduga.

Tak ada yg salah gabungkan niat utk dunia dengan niat mencari redha Allah.

Menggabungkan kedua-dua niat adalah sah.

Tapi janganlah sampai kita pulak yg letak barrier makbul tak makbulkan doa tu bergantung pada lokasi.

Done part two.

Adakah akan ada part three?

Salam Subuh,Shauqi HasanMutawif Rarecation RU1769-20 Mac 2022

Sumber & kredit foto: Facebook Shauqi Hasan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.