Home / Semasa / Johor SaIur RM34 Juta Kepada Petani

Johor SaIur RM34 Juta Kepada Petani

Sebanyak RM34 juta muIa disalurkan kepada petani di Johor menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tahun 2021 dan 2022.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Datuk Samsolbari Jamali, berkata lebih 5,000 petani, pesawah, neIayan, pengusaha projek pertanian secara berkelompok menerima insentif itu.

 

Katanya, pelbagai jentera bernilai RM1.9 juta sudah diagihkan kepada pesawah di lima daerah yang memanfaatkan 26 petani.

 

“Selain itu, penyerahan insentif industri asas tani sebanyak RM4.5 juta diberikan kepada 282 petani di seluruh Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Mekanisasi Ladang dan Insentif Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Johor di Batu Pahat.

 

Samsolbari berkata, peruntukan berkenaan bagi memacu ekonomi negeri melalui sektor pertanian yang menjadi sumber utama keperluan kepada rakyat.

 

“Kejayaan projek pertanian bukan saja bergantung kepada pengetahuan, semangat dan keringat petani tetapi perlu disokong melalui penggunaan teknoIogi terkini,” katanya.

 

Turut hadir sama YBhg Dato’ Zahimi Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Tuan Haji Alang Mad Daud Dawan, Pengarah Pertanian Negeri Johor serta Pegawai Pertanian Daerah Jabatan Pertanian Negeri Johor.

 

Kredit : Berita harian online

About admin2

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.