Home / Semasa / Jualan tidak capai sasaran, penjawat awam diwajibkan beli tiket MotoGP

Jualan tidak capai sasaran, penjawat awam diwajibkan beli tiket MotoGP

Jualan tiket perlumbaan MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Mandalika, Indonesia pada 19 dan 20 Mac ini dilaporkan kurang mendapat sambutan.

 

Sehingga 20 Februari lalu, hanya 21,530 kepaing tiket sudah terjual manakala kerajaan tempatan menyasarkan sebanyak 35,000 akan dijual.

 

Demi memastikan sasaran jualan tercapai, pihak berkuasa tempatan bakal mewajibkan semua penjawat awam untuk membeli tiket perlumbaan berkenaan.

 

Harga tiket MotoGP di negara itu dijual antara 431,000 hingga 2.5 juta rupiah (bersamaan RM125 hingga RM728).

Sambutan masyarakat tempatan terhadap perlumbaan itu amat tinggi memandangkan ini kali pertama perlumbaan MotoGP dianjurkan di negara tersebut, namun beberapa situasi menyebabkan penjualan tiket perlahan.

 

Situasi Covid-19 terkini juga menjadi faktor penyumbang kerana para pengunjung perlu berbelanja lebih bagi melakukan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke dalam litar.

 

Selain itu, Presiden Joko Widodo (Jokowi) juga sebelum ini meminta supaya jumlah pengunjung bagi acara permotoran itu dikurangkan bagi mengawal penularan Covid-19.

 

Persatuan Grand Prix Mandalika sebelum ini mencadangkan supaya sebanyak 100,000 pengunjung dibenarkan menyaksikan perlumbaan itu sebelum diturunkan kepada 60,000 orang.

 

Kredit : Engear TV

About admin2

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.