Home / Semasa / Unsur ‘New Age’ Dalam Lagu Pelukan Angkasa, Ustaz Beri Pandangan Dan Penjelasan Padu | MyBlog

Unsur ‘New Age’ Dalam Lagu Pelukan Angkasa, Ustaz Beri Pandangan Dan Penjelasan Padu | MyBlog

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan SOG & Shila Amzah telah diumumkan sebagai Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur Ahad lalu, lagu ciptaan Raja Nazrin Shah & lirik oleh Fazleena Hishamudin itu berjaya membawa pulang hadiah utama RM100,000 berserta trofi.

Namun, timbul pula desas-desus yg menyatakan lirik lagu tersebut mengandungi unsur-unsur ajaran akidah kebatinan atau New Age.

Pelukan Angkasa

Berikut merupakan lirik lagu Pelukan Angkasa:

Bulan purnama terangi rinduku yg sayuTerbangkan kesumat rasa resah jiwa yg membelengguLangit gelita sematkan bintang di dadamuBiar menyala jadi unggun yg membakar kalbu

Angin bersiulBersiul hembusMenghembus lukaDingin menusukMenusuk meratah rongga

Pangkulah aku wahai semestaKatakan cinta itu membebaskanPeluklah aku wahai angkasaHangatkan tubuhku di alam khayalan

Terik suria suluh logika rohku yg gelapBebaskan radiasi meluluh lumat batinku yg terseksa

Kalian takkan mampuMampu memecahkan bongkah iniRangkul tangankuKita bersatu lawan dunia

Pangkulah aku wahai semestaKatakan cinta itu membebaskanPeluklah aku wahai angkasaHangatkan tubuhku di alam khayalan

Dua jiwa dua duniaIngin mengecap damai bahagiaTahukah bahawa cinta itu satu dosa

Hah

Pangkulah aku wahai semestaKatakan cinta itu membebaskanPangkulah aku wahai semestaKatakan cinta ituKatakan cinta ituPeluklah aku wahai angkasaHangatkan tubuhku di alam khayalan

Ustaz Mohamad Razif melalui Facebooknya telah membuat satu hantaran menarik yg menjelaskan secara panjang lebar pandangannya mengenai lirik lagu tersebut.

Secara ringkas, inti pati dari penjelasan padu Ustaz Mohamad Razif dapat dilihat melalui poin beliau seperti berikut:

Saya mulakan dengan berkongsi tentang sedikit perkembangan puisi Arab sebelum & selepas Islam k3rana itulah yg paling hampir dengan kita dalam penentuan sesebuah lirik yg “patuh syariah”. Apabila meneliti lirik Pelukan Angkasa (sebelum saya tahu ia OST KL Vampires), saya hanya melihat ia sebagai ekspresi penulis lirik terhadap cinta sepasang kekasih yg mungkin ada perbezaan, sedikit krisis, ada halangan, tapi kedua-duanya tetap mempertahankan cinta itu. Itu yg saya faham, tanpa saya mahu tonton filemnya k3rana IMDb cuma bagi 2.5/10! 😀
Saya juga melihat istilah semesta, angin, angkasa sebagai pemilihan diksi oleh penulis lirik bagi menggambarkan plot-plot KL Vampires (mungkin, sebab saya tak menontonnya) dalam bentuk metafora tanpa ada sebarang masalah dari sudut akidah. Penulis lirik adalah Muslim, zahirnya seorang Muslimah yg ada akhlak yg baik, beragama, tdk dikenali sebagai terpengaruh dengan gerakan New Age.

Itu pada saya sudah mencukupi utk kita tdk cuba menebak atau mentakwil sesuatu yg tdk sesuai pada liriknya. Ia berbeza dengan lagu My Sweet Lord oleh George Harrison yg terang-terang mempromosikan New Age. Maka sebaiknya adalah kita mendapatkan penjelasan penuh penulis lirik Pelukan Angkasa.

Imām Ibn Hajar al-Haythamī dalam al-Fatāwā al-Hadīthiyyah membawakan pandangan Imām al-Rāfi’i yg menegaskan, jika dinukilkan daripada seseorang suatu lafaz yg pada zahirnya kekufuran, maka ia hendaklah diteliti & disiasat terlebih dahulu.

Jika ia mengandungi maksud yg berlainan dengan zahir lafaz, seperti ingin mengkhususkannya atau kata-kata kiasan, maka ia perlu ditanya kepada orang yg melafazkan utk mengetahui ap4 maksud yg dikehendakinya.

Walaupun pada asalnya sesuatu lafaz itu diambil pada hakikat & keumumannya, namun dalam hal ini kewaspadaan (ihtiyat) diperlukan. Jika dia menyebutkan sesuatu lafaz yg pada zahirnya terdapat andaian (ihtimal) kekufuran, namun dia menafikan kekufuran, maka ia bolehlah diabaikan.

Oleh itu, selagi boleh takwil, maka takwillah dengan sangkaan yg baik.

Ustaz Mohamad Razif turut menambah:

Pendekatan New Age melalui muzik memang wujud. Sudah terlalu banyak jurnal akademik yg menghuraikannya. Cuma mungkin boleh lebih berhati-hati agar penulis lirik berkenaan tdk terpalit dengan sebarang sangkaan. Saya yakin, beliau & SOG tdk tahu menahu pun tentang isu akidah dalam gerakan New Age yg turut berperanan melalui muzik.
Warganet pula usahlah terlalu cepat menghukum. Banyak hal boleh selesai dengan baik melalui perbincangan. Kecaman demi kecaman di media sosial hanya mengeruhkan keadaan tanpa memberi penyelesaian.

Untuk membaca lagi huraian panjang lebar beliau, layari Facebook Mohamad Razif.

Pelukan Angkasa

BACA: Lagu ‘Gloomy Sunday’ Diharamkan Selepas Jadi Punca Ramai Pendengar Mencabut Nyawa Sendiri

Sumber & kredit foto: Facebook Mohamad Razif, Facebook Ahmad Iqram, Youtube TV3MALAYSIA Official

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Kahwin Muda Sewaktu Umur 19 Tahun”- Tegar Dedah Punca Sebenar Dia Cer4ikan Isteri

SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.