Home / Semasa / BAHAYA! Modus Operandi ‘Scammer’ Terbaru – Siap Keluarkan Waran Tangkap! | MyBlog

BAHAYA! Modus Operandi ‘Scammer’ Terbaru – Siap Keluarkan Waran Tangkap! | MyBlog

Sindiket penipuan yg disyaki didalangi oleh kumpulan Macau Scam memang sedang mengganas & amat aktif kebelakangan ini.

BACA: AWAS! Sindiket Macau Scam Kini Guna Nama ‘LHDN’, ‘Bank Negara’ Dan ‘AIA Insurance’

Ramai yg sudah hampir diperdaya & turut terjebak k3rana sindiket ini kerap tampil dengan idea kreatif baharu serta modus operandi terkini.

Kisah yg dikongsi oleh Nurhusna Said di laman Facebooknya ini sarat dengan pengajaran & wajar disebarkan agar lebih ramai orang sedar dengan taktik licik terbaru yg mereka gunakan tersebut.

Beliau turut menceritakan dengan panjang lebar bagaimana beliau hampir-hampir terpedaya k3rana sindiket ini pandai menggunakan nama penuh & nombor MyKad beliau serta sempat mengugutnya dengan waran tangkap.

Diharap ramai lagi akan tampil utk sama-sama membongkar kegiatan sindiket Macau Scam selepas ini.

Nurhusna Said

Awas… Cerita ini sangat panjang.. & aku minta maaf kalau aku cerita ni tak best ke ap4, cuma aku nak sebarkan modus operandi scammer yg aku rasa agak baru utk aku.. & aku tak nak orang lain terpedaya.. sebab aku memang hampir-hampir terpedaya..

Hari ni, hari dalam sejarah.. Sebelum ni dengar cerita-cerita je daripada orang lain, rupanya hari ni nak kena pula.. hampir-hampir ditipu sebanyak 10k! Allahuakbar.. Allah dah selamatkan.. Alhamdulillah..

Modus operandi yg dia gunakan, aku tak tahu kalau orang lain pernah kena atau tak modus operandi yg macam aku, tapi bagi aku, ini modus yg terbaru dia pakai, sebelum ni kalau ada orang call kata aku ada hutang LHDN ke, bank entah ap4-ap4 ke, aku memang tak layan.. sebab boleh agak scammer.. tapi yg ni lain sikit modus operandinya..

Kisah bermula dari hari Sabtu lagi, mendapat panggilan daripada company insurans katanya AIA (sah-sah menipu, mana ada company insurans kerja hari Sabtu).. tapi tetap terpedaya, sebab NAMA dengan IC yg dinyatakan memang betul.. hmm.. katanya aku ada membuat tuntutan insurans sebanyak RM33k++ pada sekian-sekian tarikh & claim tersebut telah lulus, tapi aku cakap aku tak ada buat ap4-ap4 tuntutan insurans, sebab aku memang tak ada insurans dengan AIA & utk tdk disenarai hitamkan, aku perlu buat laporan polis (katanya).. tapi disebabkan hari Sabtu tu ada kenduri dekat rumah saudara suami, dia kata, dia orang tak dapat nak setelkan laporan pada hari Sabtu tu & kes dihold sehingga Isnin..

Tapi kebetulan Isnin tu, baru balik dari kampung, jadi dia hold lagi kes (menipu si dajal ni), jadi dia hold kes konon-kononnya, sampai Selasa baru setelkan kes ni..

8/3/2022 (hari ni punya kejadian)

Pagi ni dapat panggilan daripada orang yg sama, asalnya dia suruh ke AIA Ampang, utk buat laporan ke ap4 entahlah, tapi lepas tu kata, tak perlu, cukup buat laporan melalui phone sahaja & kes yg dikatakan ni berlaku di Negeri Sembilan (hajaq scammer ni), jadi dia sambung ke IPK Negeri Sembilan.. (menipu lagi.. tapi aku pula terpercaya.. 😆)

Dia bagi ya semua ya utk nampak real, nama dia, nombor staff, nombor rujukan, dekat mana jadi, nombor akaun 4 digit belakang nombor bank, bila jadi, lepas tu nanti dia sambungkan ke balai polis dekat mana berlaku kejadian & kes aku ni katanya terjadi di Seremban, Negeri Sembilan.

Ok.. lepas dia dah bagi detail diri dia, dia sambungkan pula ke IPK Negeri Sembilan, aku pun bagilah detail mamat dajal ni, kat si penipu seorang lagi ni (penyamar polis), lepas tu dia cakap, puan berada sama dengan siapa? Aku cakap suami saya ada.. kemudian dia kata, boleh tak pergi ke tempat lain, supaya suami tak dengar perbualan, dia kata kalau bunyi bising nanti rakaman tu batal (kau orang jangan sesekali percaya & sembunyikan diri, lantaklah dia suruh asing ke ap4, biar ada orang dekat dengan kau, suami ke anak ke, lagi bagus kau orang bagi dia dengar sama-sama buka speaker.. bolehlah maki berjemaah nanti.. hahahaha.. tapi aku silap sebab terpedaya lagi.. kahkahkah.. benda nak jadi..) dia kata ni Akta Rahsia Rasmi, siapa-siapa pun tak boleh tahu termasuk suami.. (dekat sini kau jangan percaya, kawan aku yg suaminya polis kata, mana boleh jadi Akta Rahsia Rasmi bagai kalau dah kes besar, siap kata orang yg kena tu ditangkap 10 hari yg lepas, aku cakap, tak ada masuk berita pun, sebab dia kata rahsia kes ni.. mendeeeee..) lepas tu dia minta pula detail aku yg biasa, nama dengan IC lepas tu tanya, pakai ap4 dekat tangan, tinggi berat, pakai tudung ke tak, (haiyaaaa.. macam mana boleh percaya).

Kemudian, yg dekat sini klimaks ceritanya, lepas dah bagi detail diri aku, dia bagi pula detail aku dekat seorang lagi penipu utk tengok takut-takut aku ada terlibat dengan kes lain, lepas die check, tiba-tiba konon-kononnya aku terlibat dengan penyalahgunaan dadah & pengubahan wang haram (yg ni pun macam real ya bunyinya masa dia sambung dekat seorang perempuan dajal utk check takut-takut aku ada kes lain).. Allah.. masa ni aku memang dah sedih sangat.. lepas tu dia kata dia akan pass pula panggilan dekat dajal besar, penipu utama yg mengendalikan kes besar ni (puihhhhhh).. lepas tu si dajal utama ni kata kalau aku tak nak kena masuk lokap bagai, aku kena bagi dia RM10k utk duit warrant.. cis.. kenapalah aku percaya..

Aku terpedaya, sebab cara dia cakap tu memang macam real.. & dia gertak kau orang.. jadi tak hairan ramai yg terpedaya.. Jadi kat sini aku nak berpesan pada kau orang, pesanlah kat siapa-siapa.. dia gertak ap4 ke, kau jangan percaya, alih-alih kau cakap jelah kau tu polis ke, lawyer ke… Hahaha.. aku tak sempat nak buat macam tu tadi.. sebab aku memang dah terpedaya.. aku juga hampir-hampir nak gadaikan barang kemas.. dah depan bank pun tadi 😭😭 tapi Alhamdulillah.. Allah selamatkan aku daripada berbuat demikian..

Dalam perjalanan tu, Allah ilhamkan aku, baru aku teringat ada kes scammer yg melibatkan ada kes polis.. (kesian polis dalam hal ni.. maaf cik-cik polis sekalian)

Jadi pesan aku sekarang, dia kata kau salah buat tuntutan claim ke, ap4 ke, kau jangan sesekali percaya.. aku percaya sebab nama dengan nombor IC aku tu betul & ingat aku tak payah keluar duit sebab buat laporan je..

Pesan aku lagi, kalau dia minta nombor akaun bank ke ap4, kau jangan bagi, alih-alih kau bagi jelah nombor phone kau ke, nombor phone tipu ke.. hahaha.

Tapi ap4-ap4 pun.. kau orang berhati-hatilah kalau angkat phone bermula dengan 03 ke, 06 ke, melainkan kau betul-betul familiar.. tapi nak selamat, kau orang gunalah true caller ya.. aku tak install lagi benda ni.. lepas ni Insya-Allah aku akan install..

Aku sebelum ni pernah fikir, kalau aku kena, aku nak main-mainkan dia orang, tapi aku kena dalam keadaan aku tak bersedia & dia guna cara yg tak pernah aku dengar.. tak taulah kalau kau orang dah pernah dengar modus operandi yg macam ni..

Sekian cerita panjang daripada aku.. semoga Allah selamatkan daripada tipu daya scammer ni.. jaga solat kau orang & amal kau orang.. mudah-mudahan bila terjadi perkara macam ni, Allah akan bantu kita..

Sumber & kredit foto: Nurhusna Said

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini. Malah pelbagai tema & gaya dapat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.