Home / Semasa / Baru Je PM Benarkan Rapatkan ‘Saf’ Solat Di Masjid, Tak Sangka Ini Respon Menteri Agama

Baru Je PM Benarkan Rapatkan ‘Saf’ Solat Di Masjid, Tak Sangka Ini Respon Menteri Agama

Bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan diambil susulan keputusan Malaysia beralih ke Fasa Peralihan Ke Endemik’bermula April ini.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan & SOP akhir utk masjid & surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri & utk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Ini bermakna selepas ini imam sudah boleh cakap rapatkan saf k3rana tiada lagi penjarakan satu meter. Namun, oleh k3rana Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa agama tertakluk kepada kuasa negeri & juga sultan-Sultan perlu ikut keputusan negeri.

“Walaupun saya maklumkan tiada penjarakan sosial itu cadangan Kerajaan Persekutuan, ketetapan akhir akan diputuskan kerajaan negeri. Kalau negeri cakap ada penjarakan sosial, itu hak setiap negeri,” kata Perdana Menteri dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini

Respon Menteri Agama

Kebenaran solat jemaah di masjid & surau tanpa penjarakan sosial yg diumumkan kerajaan semalam adalah sesuatu yg amat dinantikan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, ia juga berita gembira buat umat Islam utk menyambut bulan Ramadan nanti.

“Bagaimanapun, pelaksanaan perkara ini & prosedur operasi standard (SOP) akhir utk masjid & surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

“Semoga institusi masjid & surau terus dimakmurkan dengan aktiviti ibadah, majlis & halaqah ilmu serta lain-lain program pembinaan modal insan & kemasyarakatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya juga ingin menyeru kepada umat Islam utk terus berdoa serta bermunajat agar rakyat & negara terus dipelihara daripada sebarang kemudaratan & bencana.

Idris berkata, beliau juga mencadangkan kepada masjid & surau utk terus mengadakan Solat Hajat bagi memohon kesejahteraan & keselamatan buat rakyat & negara.

“Pengumuman fasa peralihan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam adalah terjemahan kepada kejayaan usaha-usaha kerajaan bagi menangani krisis kesihatan Covid-19 selain kerjasama erat daripada Keluarga Malaysia.

“Pengumuman ini dibuat berasaskan fakta & data, juga setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & pandangan yg dikemukakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Kekalkan pemakaian pelitup muka & sanitasi tangan di masjid & surau sebagai langkah pencegahan berterusan.

Itu saranan dikemukakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berhubung pengumuman SOP baharu aktiviti solat jemaah di masjid & surau oleh kerajaan hari ini.

Zulkifli berkata, beliau mahu pihak berkuasa agama negeri terus mengekalkan SOP berkenaan bagi mengawal penularan Cvid-19 di masjid & surau.

“Kita perlu terus menjadikan masjid & surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan & pematuhan SOP,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan, aktiviti solat jemaah di masjid & surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.

Zulkifli berkata, beliau juga pasti pihak berkuasa agama negeri sedang meneliti usul & pengumuman baharu oleh kerajaan itu.

“Sebagaimana yg telah saya tegaskan ketika masih menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), hukum penjarakan ketika solat berasaskan kepada sebab (‘illah) iaitu wabak Covid-19 yg memuncak sebelum ini & kadar vaksinasi yg masih rendah.

“Apabila keadaan sebaliknya berlaku, maka wajarlah hukum penjarakan ketika solat disemak semula & dipertimbangkan utk dimansuhkan,” katanya.

Katanya, jika diteliti ap4 yg telah diamalkan di negara-negara dunia dalam kalangan negara umat Islam, usaha merapatkan saf telah pun dijalankan sebagaimana yg dilaksanakan di Arab Saudi baru-baru ini.

Sumber: Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.