Home / Terkini / Dirempuh lori ketika berbasikal, saintis kelahiran Malaysia di Universiti Oxford meninggal dunia

Dirempuh lori ketika berbasikal, saintis kelahiran Malaysia di Universiti Oxford meninggal dunia

SAINTIS kelahiran Malaysia Dr Ling Felce (Wong Suet Ling), 35, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Oxford, England, minggu lalu.
Dr Ling dipercayai sedang berbasikal apabila sebuah lori merempuhnya di persimpangan St Clement’s Street dan The Plain di Oxford.
Kematian wanita itu disiarkan dalam satu kenyataan Polis Lembah Thames, Dr Ling dilahirkan di Malaysia pada 1986 dan berpindah ke London pada 1991 bersama keluarganya.

Saintis kelahiran Malaysia

Pada 2005, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Oxford bagi mengikuti pengajian dalam jurusan biokimia dan mendapat ijazah doktor falsafah di Jabatan Farmakologi Klinikal Universiti Oxford.
Ibu kepada dua cahaya mata berusia tiga dan lima tahun itu bekerja sebagai saintis dan baru-baru ini menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas imun manusia terhadap COVID-19 serta kanser.
Suami Dr Ling yang dikenali sebagai James Felce menyifatkannya sebagai ‘cahaya’ keluarga dan dia sekeluarga sangat sedih kehilangannya pada usia begitu muda di saat mempunyai begitu banyak impian untuk diri mendiang dan anak-anak.
“Saya rasa kehilangan tanpa kehadirannya tetapi dia akan terus hidup melalui cinta yang dia berikan kepada kami dan kepada ramai yang lain,” katanya.
Dr Ling juga digambarkan rakannya sebagai bijaksana, mudah mesra dan seorang yang optimistik.
Oxford Mail melaporkan Dr Ling meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan menimpanya itu.
Pada Khamis, Robert Whiting, 39, hadir di Mahkamah Majistret Oxford untuk didakwa kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian ketika berada bawah pengaruh dadah.
Suspek juga akan didakwa kerana memandu tanpa lesen dan insurans. Dia kini ditahan reman dan dijangka hadir di Mahkamah Oxford Crown pada 28 Mac.

About admin2

Check Also

Harg4 siling baharu ayam tidak cec4h RM15 sekilogram?

Kuala Berang: Harga siling baharu bagi ayam segar yang. akan diumumkan mengambil kira kepentingan pengguna …

Leave a Reply

Your email address will not be published.