Home / Semasa / Kakak maut, adik cedera motosikal bergesel dengan lori | MyBlog

Kakak maut, adik cedera motosikal bergesel dengan lori | MyBlog

TANJUNG MALIM – Seorang remaja perempuan maut manakala adiknya cedera dalam nahas membabitkan motosikal & lori di Jalan Slim Village berhampiran Kampung Rasau pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, Nurul Nazira Hanum Ismail, 17, maut di tempat kejadian, manakala Muhammad Khairul Rezeal Ismail, 15, patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku apabila motosikal yg ditunggangi Muhammad Khairul Rezeal bersama kakaknya cuba memotong sebuah lori dari arah Slim Village ke Slim River, di sini.

Menurutnya, bagaimanapun ketika cuba memotong lori berkenaan, terdapat kenderaan lain dari arah bertentangan menyebabkan penunggang motosikal cuba mengelak sebelum bergesel dengan lori tersebut.

“Kemalangan menyebabkan pembonceng motosikal meninggal dunia di lokasi manakala penunggang terjatuh di bahagian tayar belakang lori & patah kaki kiri. Bagaimanapun pemandu lori tdk mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.

Menurutnya, mangsa yg maut dibawa ke Hospital Slim River utk bedah siasat & kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.