Home / Semasa / Kanak-kanak 17 bulan lemas dalam tong air ketika dimandikan bapa | MyBlog

Kanak-kanak 17 bulan lemas dalam tong air ketika dimandikan bapa | MyBlog

DALAM rumahtangga, anak merupakan insan yg melengkapi kehidupan pasangan suami isteri.

Begitulah juga dengan pasangan ini yg gembira dengan kehadiran cahaya mata sulung, Alina Dalia yg dilahirkan pada 9 November 2019 sekali gus menyerikan kehidupan mereka sebagai sebuah keluarga.

Bagaimanapun, ibunya, Nurul Nadiah Ali, 28, berkata Alina Dalia meninggal dunia pada 15 April 2021 akibat lemas setelah terjatuh dalam sebuah tong berisi air ketika sedang dimandikan oleh bapanya, Saiful Amirullah, 28 dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Buloh, Selangor.

Ketika dihubungi mStar, wanita yg senang disapa Nadya itu menceritakan secara terperinci bagaimana ‘tragedi’ itu berlaku yg disifatkan sebagai hari paling sedih & sejarah hitam dalam hidupnya.

“Kami berdua kerja jadi Alina duduk dekat rumah pengasuh sampai petang. Setiap pagi saya akan hantar, suami akan ambil dekat rumah pengasuh sebelah petang.

“Saya balik kerja lambat jadi suami siapkan Alina dengan mandikan dia sebab masa tu saya mengandung jadi memang suami banyak uruskan hal anak. Setiap kali balik kerja memang dia dah siapkan anak makan & mandi semua. Sampai anak pun dah terlebih manja dengan dia berbanding saya,” katanya.

Menurut Nadya, sudah menjadi kebiasaan Alina akan berkepit dengan bapanya yg dipanggil babah setiap hari selepas pulang dari kerja.

“Ke mana babah pergi mesti dia ikut. Dia takkan tinggal seorang. Tapi hari tu suami ingatkan dia ikut keluar sekali dari bilik air masa dia nak buang diapers. Tapi pelik dia tak ikut.

“Rupanya dia masuk je tengok Alina dah tertonggeng dalam tong air yg merupakan tong sampah kami berukuran paras lutut ini. Tak sampai lima minit pun kejadian tu, terlalu pantas,” jelas Nadya yg ketika itu hanya menunggu masa melahirkan anak kedua.

Jelasnya, semasa mendapat tahu mengenai kejadian menimpa Alina, dia sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Tambah Nadya yg dahulunya bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Sungai Buloh, Alina yg pada masa itu berada dalam keadaan tdk sedarkan diri dibawa ke klinik & kemudian digegaskan ke hospital.

Bagaimanapun menurut Nadya, si comel itu tdk dapat diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia oleh doktor.

“Saya dalam perjalanan balik kerja masa dapat tahu anak jatuh tu. Masa saya sampai tu anak dekat klinik dah tengah tunggu ambulans. Alina dah tak sedarkan diri. Masa di hospital lebih setengah jam doktor cuba selamatkan dia tapi dah tak ada harapan. Alina memang dah tak boleh diselamatkan.

“Saya sangat sedih bila dapat tahu berita tu daripada doktor. Alina puteri sulung saya. Anak pertama yg saya curahkan kasih sayang seorang ibu. Setahun empat bulan saja Allah pinjamkan dia utk saya,” ujarnya sambil menambah dia selamat melahirkan anak kedua selepas dua minggu pemergian Alina.

Menurut wanita yg sudah mendirikan rumah tangga lebih empat tahun itu, dia & suami mengalami trauma selepas kejadian itu namun kini reda dengan takdir & ketentuan Ilahi.

Malah katanya, dia tdk menunding jari terhadap suaminya tetapi berterima kasih atas jasa baiknya yg banyak memudahkan urusan mereka sekeluarga selama ini.

“Saya terima takdir Allah & tak salahkan sesiapa. Memang susah utk saya terima mulanya tapi Alhamdulillh dikelilingi keluarga yg memahami & sentiasa support bagi kata-kata positif dekat saya.

“Suami pun pada mulanya memang banyak menangis mengenangkan ap4 yg terjadi. Dia yg paling teruk sekali alami trauma. Dia banyak kali juga minta maaf dekat saya sebab dia cakap dia yg bersalah,” ujarnya.

Imbas Nadya, dia tetap bersyukur kepada Ilahi k3rana meminjamkan Alina walaupun sekejap saja serta berpeluang mencurahkan kasih sayang.

Ujarnya, Alina merupakan anak yg sangat ceria & banyak keletah jadi selama tempoh setahun empat bulan, banyak kenangan & memori telah tercipta.

“Alina baru nak pandai bercakap masa tu. Dia ni seorang yg ceria & banyak keletah. Masa meninggal pun dia tak ada sakit ap4. Sihat saja tubuh badan.

“Cuma ada satu video beberapa minggu sebelum dia meninggal tu, Alina ada tunjuk gambar saya & suami dekat kucing tapi kucing tu buat tak tahu saja.

“Tapi sampai sekarang kucing tu masih ada dekat rumah ni walaupun Alina dah tak ada. Dia memang selalu tidur dekat tempat Alina main sampaikan kami bagi gelaran ‘kucing Alina’ dekat dia,” tambah Nadya.

Kata Nadya, dia sekadar mahu berkongsi cerita mengenai pemergian anaknya utk membuka mata masyarakat di luar sana mengenai kejadian-kejadian sebegini.

Jelasnya, penting utk ibu bapa mahupun sesiapa sahaja melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan agar kita sentiasa bersedia dengan kemungkinan buruk yg boleh berlaku.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.