Home / Semasa / TIP JIKA TANAM NENAS DALAM PASU ATAU POLIBEG. LEPAS TANAM LETAK TENGAH PANAS, JANGAN SIRAM!

TIP JIKA TANAM NENAS DALAM PASU ATAU POLIBEG. LEPAS TANAM LETAK TENGAH PANAS, JANGAN SIRAM!

Nenas antara tanaman yang mudah untuk ditanam, jadi kalau nak cuba tanam pokok buah boleh mulakan dengan nenas. Tak perlu siram dan boleh letak di tengah panas. Insya-Allah tetap hidup subur.

 

Lagi satu cara penanamannya juga mudah, boleh guna  belahan jambul nenas. Satu jambul boleh belah 4 untuk dapat 4 anak pokok nenas.

 

Cara Tanam Nenas Guna Belahan Jambul, Satu Jambul Boleh Dapat 4 Anak Pokok

Bagi yang yang nak cuba tanam, berikut adalah tip penanaman nenas yang dikongsi oleh Halim Waghih.

 

TIP DAN PETUA JIKA TANAM NENAS

Jika nak tanam nenas, kena tahu tip dan petua-petuanya. Ini antara tip yang penting jika mula menanam;

 

1. Lepas tanam, pokok nenas perlu diletakkan di bawah tempat terbuka. Jangan ada naungan, bawah pokok bumbung dan sebagainya.

 

2. 2. Pokok nenas mesti kena cahaya matahari.

 

3. Sama ada tanam dalam pasu atau polibeg tanam perlu dicampur. Sama ada dengan tanah hitam atau tanah organik yang dicampur dengan tanam bakar.

 

4. Selepas tanam, jangan terus siram dan jangan terus bubuh baja. Biar sampai nampak pucuk baru keluar barulah ditambah dengan tanah hitam. Ini bermakna akar dah keluar.

5. Jangan siram pokok nenas macam siram bunga (pokok akan membusuk dan mati)

 

6. Siram dalam satu minggu sekali pun sudah mencukupi untuk nenas. Nenas tak perlu banyak air tapi perlu banyak cahaya matahari sebab itu ladang nenas di tengah tengah panas terik mentari.

 

7. Bila dah nampak pokok nenas hidup (2-3 bulan) barulah tabur baja di pangkal nenas sebab akar nenas tak panjang (tabur sedikit saja, boleh juga gali keliling pangkal kemudian letak baja dan timbus semula).

8. Letak baja jangan banyak, frekuensi 2 – 3 minggu sekali saja. Boleh guna baja kopi yang dibancuh dengan air dan sembur 2 minggu sekali.

 

9. Akhir sekali, musuh nenas adalah tanah yang lembap. Sahabat baik nenas pula adalah cuaca yang panas.

Semoga bermanfaat

 

Sumber: Halim Waghih.

About admin2

Check Also

Gesa Struktur Tambahan Dibuka Dalam Masa Yang Ditetapkan, MPAJ Keluarkan 62 Lagi Notis Amaran | Article Update

Susulan dari tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap binaan struktur tambahan sebuah unit …

Leave a Reply

Your email address will not be published.