Home / Semasa / Leher Kena Lilit Tali Bendera, Remaja Tanggung Derita Kedua-Dua Tangan Patah Akibat Jatuh Motor | MyBlog

Leher Kena Lilit Tali Bendera, Remaja Tanggung Derita Kedua-Dua Tangan Patah Akibat Jatuh Motor | MyBlog

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yg kini rancak dengan perang poster & bendera dilaporkan telah mengundang bahaya pengguna jalan raya.

Pemasangan bendera parti yg diletakkan berhampiran dengan jalan raya tanpa mengira aspek keselamatan pengguna jalan raya ditegur oleh masyarakat setempat.

Seorang remaja dilaporkan telah patah kedua-dua belah tangannya & mengalami luka di leher selepas terjatuh dari motosikal akibat terkena bendera yg dipasang oleh parti bertanding.

Bendera atau sepanduk sepanjang lebih kurang 30 meter yg dipasang di tepi jalan raya itu dipercayai terlilit leher mangsa sehingga mengakibatkan dia terjatuh.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang pada 2 Mac lalu di Kampung Cahaya Baru, Pasir Gudang & laporan polis telah dibuat di Balai Polis Taman Scientex keesokan harinya.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PRN Johor

Bapa mangsa, Md Shahril Mahmood, 43, berkata, anak sulungnya itu yg dikenali sebagai Najlaa, 17, dalam perjalanan pulang dari kedai ke kediaman keluarga yg terletak di Taman Kota Masai.

Ketika menggunakan laluan di perkampungan itu, bendera panjang yg dipasang di tepi laluan terlilit leher Najlaa sehingga mengakibatkan dia terjatuh daripada motosikal yg dinaikinya.

“Anak ketika itu menunggang motosikal berseorangan & bendera parti dipasang di antara dua pokok terkena muka serta terlilit leher anak akibat angin kencang hingga menyebabkan kemalangan,” jelas beliau.

“Dia terjatuh & patah kedua-dua pergelangan tangan selain lehernya juga mengalami kecederaan ringan,” tambahnya lagi.

“Anak kami mungkin menanggung kesan seumur hidup akibat kedua-dua pergelangan tangan patah & kami bimbang ia menjejaskan masa depannya. Dia masih menanggung derita & kesakitan akibat kecederaan dialaminya itu.

“Sudah tentu sebagai ibu bapa kami bimbang memikirkan masa depannya,” ujar beliau yg turut menjelaskan bahawa Najlaa juga dikehendaki utk menjalani rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada pertengahan bulan ini.

Shahril juga menjelaskan anaknya yg bercita-cita utk berkhidmat sebagai anggota pasukan keselamatan pada masa hadapan mungkin terpaksa menerima hakikat perubahan kesihatan fizikalnya.

Tambah Shahril lagi, “Saya bukan memfitnah atau mahu menjatuhkan imej mana-mana pihak, namun saya berharap kejadian seumpama ini tdk berulang.”

1 PRN Johor

Keluarganya juga bercadang utk merujuk kejadian menimpa anaknya ke Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam tempoh terdekat.

“Sehingga kini, ada beberapa calon yg bertanding di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) Tiram mengambil berat berkaitan anak, namun PBT tdk menghubungi kami,” tambah Shahril.

Hanya beberapa hari sahaja lagi PRN Johor akan berlangsung, namun Harian Metro setakat ini masih belum melaporkan ap4-ap4 kenyataan atau permohonan maaf rasmi yg diterima dari mana-mana pihak.

Sumber & kredit foto: Harian Metro 1, 2

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.