Home / Semasa / Penerima Jantung Babi Akhirnya Meninggal Dunia | MyBlog

Penerima Jantung Babi Akhirnya Meninggal Dunia | MyBlog

Manusia pertama di dunia yg mendapat pemindahan jantung daripada babi yg diubah suai secara genetik telah meninggal dunia.

Sebelum ini, David Bennett, 57, yg menghidap penyakit jantung kronik, berjaya menjalani pembedahan pemindahan jantung babi tersebut di Amerika Syarikat.

Kesihatan lelaki tersebut bagaimanapun mula merosot beberapa hari yg lalu & beliau akhirnya meninggal dunia pada 8 Mac.

Ketika mula menjalani rawatan jantung, dia sebenarnya sudah terlantar di katil hospital selama enam minggu & hanya bergantung kepada mesin utk terus hidup.

David kemudiannya terpilih menjadi manusia pertama mencuba eksperimen pemindahan jantung babi yg dibuat kepada pesakit jantung peringkat akhir yg tdk mempunyai pilihan rawatan lain.

Beliau menjalani pembedahan ‘berani mati’ tersebut pada 7 Januari lalu oleh pasukan pakar bedah dari University of Maryland School of Medicine, Amerika Syarikat yg diketuai oleh Dr Bartley Griffith.

Namun, hanya selepas 2 bulan prosedur memasukkan jantung babi ke dalam badannya berjaya, David akhirnya tewas jua.

BACA: Inilah Dr Muhammad Mohiuddin, Pakar Di Sebalik Kejayaan Pemindahan Jantung Babi, Mufti Kata ‘Dibolehkan’ Jika Terdesak

Menurut Dr Bartley Griffith, dalam beberapa minggu selepas itu, David masih sempat meluangkan masa bersama keluarganya, menonton Super Bowl & bercakap tentang keinginannya utk pulang ke rumah & bermain bersama anjingnya, Lucky.

David juga turut sedar mengenai risiko menjalani prosedur & pembedahan tersebut yg tdk memberi ap4-ap4 jaminan.

Program pemindahan organ haiwan ke dalam tubuh manusia atau disebut sebagai xenotransplantasi sebenarnya merupakan prosedur biasa yg dipertimbangkan oleh doktor.

Pada Oktober 2021, pakar bedah di New York telah mengumumkan bahawa mereka telah berjaya memindahkan buah pinggang babi kepada seorang pesakit.

BACA: Pakar Bedah Berjaya Buat Pemindahan Buah Pinggang Babi Ke Tubuh Manusia Buat Pertama Kali

Pada masa itu, pembedahan tersebut merupakan percubaan paling berjaya dalam bidang xenotransplantasi.

Walau bagaimanapun, penerima buah pinggang babi tersebut yg merupakan seorang pesakit mati otak memang tdk mempunyai harapan lagi utk utk sembuh.

Anak lelaki David berkata, dia berharap kisah kejayaan pembedahan bapanya akan menjadi titik permulaan harapan yg baru & tdk berakhir di situ.

Apa yg berlaku & punca sebenar kematian David masih belum jelas & hasil penyiasatannya kelak akan menentukan sejauh mana usaha manusia menggunakan babi berjaya utk menyelesaikan masalah kekurangan organ di seluruh dunia.

Jantung Babi

Sumber & kredit foto: BBC

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Iklan Billboard Penuh Muka Founder Produk, Ini Yang Usahawan Patut Belajar Dengan Apple & Android | Article Update

Sekiranya anda berada di lebuhraya, pasti perasan pelbagai iklan terpampang di billboard tepi jalan. Ada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.