Home / Semasa / Pertanian di kawasan tanah talian eIektrik TNB dibenarkan

Pertanian di kawasan tanah talian eIektrik TNB dibenarkan

KUALA LUMPUR – Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terIetak dalam koridor talian pembekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), demikian Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Bagaimanapun, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang aktiviti pertanian atau kegunaan tanah perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah, selain memenuhi syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST) berdasarkan garis panduan IzinIalu Talian Pembekalan Elektrik.

Jelasnya, tiada istilah tanah rizab TNB, sebaliknya hanya tanah yang terletak dalam laluan talian pembekalan elektrik yang mempunyai perjanjian izinlalu yang masih dimiliki pemilik tanah dan TNB hanya pemegang Iesen untuk memasang atau menyelenggara talian bekalan elektrik.

“Individu yang berminat untuk mengusahakan tanah ini perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah iaitu pihak berkuasa negeri bagi tanah milik kerajaan negeri dan sekiranya tanah itu miIik persendirian, perlu mendapat kebenaran pemilik melalui sewaan atau pajakan.

“Kebenaran daripada TNB juga diperlukan sebagai pemegang Iesen bagi memastikan garis panduan yang ditetapkan ST itu dipatuhi,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

Takiyuddin memberitahu, sebagai contoh, garis panduan ST berkenaan menyatakan tanaman yang diusahakan mestilah mempunyai ketinggian tumbesaran semula jadi tidak melebihi 1.8 meter atas faktor keselamatan.

Katanya, antara aktiviti Iain yang boleh diusahakan di kawasan tanah itu ialah dijadikan padang ragut ternakan, kawasan kolam tadahan, kolam udang, kawasan letak kereta serta untuk pemasangan paip air.

Beliau menjawab soalan Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim) mengenai sama ada petani dibenarkan menanam tanaman jangka pendek di rizab tanah TNB untuk mengatasi masalah keseIamatan makanan. – Bernama

About admin2

Check Also

Bukan Sekadar Petua Orang Lama, Ini Penjelasan Dari Sudut Sains Kenapa Perlu Minum Air Pangsa Durian | Article Update

Sempena musim durian, boleh dikatakan topik berkaitan durian paling banyak dibualkan ketika ini. Tambahan pula, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.