Home / Makanan / Resepi Cupcake Oreo

Resepi Cupcake Oreo

CUPCAKE OREO

 

Bahan-Bahannya:

125 gm mentega

1/2 cawan gula perang

1 cawan tepung naik sendiri

1/2 sudu teh baking powder

– diayak bersama teqtng

2 biji telur gred A

1/2 sudu teh esen vanila

5 keping biskut Oreo – dikisar bersama krimnya sekali

– Beberapa keping biskut Oreo untuk hiasan

 

Bahan Untuk Buttercream:

125 gm mentega

70 gm krimwell

80 gm gula aising diayak

1/2 sudu teh esen vanila

2 sudu besar susu pekat manis

 

Cara Membuatnya:

1- Mula2 panaskan oven pada suhu 175C,dalam mangkuk mixer,satukan mentega,gula perang,telur,tepung dan esen vanila,putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan,kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.

 

2- Masukkan oreo yang telah dikisar tadi,putar sehingga sebati,kemudian isikan bahan adunan tadi dalam cup yang disediakan ( 1/2cwn jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4cwn sekiranya anda inginkan yang gebu ).

 

3- Setelah selesai,bakar selama 10-15minit,sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo.

 

**anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu**

 

Cara Membuat Buttercream:

1- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati.

 

2- Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat,kemudian masukkan adunan dalam pipingbag,hias mengikut kreativiti anda.

 

3- Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.

 

Jangan lupa like n Share tq…

 

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.