Home / Makanan / Resepi Vanilla Muffin Kismis

Resepi Vanilla Muffin Kismis

RESEPI VANILLA MUFFIN KISMIS

 

Bahan A

 

1 biji telur

1/2 cawan minyak sayuran (Nina guna minyak jagung)

11/4 cawan susu segar

1 sudu kecil esen vanilla

 

Bahan B

2 cawan tepung gandum

3 sudu kecil baking powder

1 cawan gula

secubit garam

 

Bahan C

Kismis – Nina letak kat atas dan dalam banyak sikit.

 

Cara-caranya

 

Panaskan oven pada suhu 180c-190c

Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk

Buatkan lubang di tengah-tengahnya

Dalam mangkuk yang lain, masukkan bahan A kacau rata. (masukkan telur pukul rata, masukkan esen vanilla pukul lagi, masukkan minyak pukul rata dan masukkan susu pukul lagi hingga kesemuanya rata dan sebati) Nina guna whisk.

 

Lalu tuangkan Bahan A ditengah-tengah ludang mangkuk yang berisi tepung tadi

Kacau rata kaup balik TIDAK lebih 20kali guna senduk ajer (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit – tak mengapa)

Biarkan seketika adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2kali.

 

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 muffin cup

Letakkan kismis kat atas & dalam muffin tadi. (yg dalam Nina tekan bagi masuk)

Bakar muffin selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)

kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Masak Lemak Cili Api Cendawan Kukur

RESEPI MASAK LEMAK CILI API CENDAWAN KUKUR Bahan2 2 cawan kulat sisir / kulat kukur …

Leave a Reply

Your email address will not be published.