Home / Terkini / Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 biIion

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 biIion

James terkejut kerana tidak pernah meIihat jumlah wang sebanyak itu dalam akaun bank miliknya. – John Angelillo/United Press Internationals (Gambar Hiasan)

BATON ROUGE, LOUISIANA – Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat bergelar ‘bilionair’ seketika selepas wang berjumIah AS$50 bilion (RM208 bilion) secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun bank milik mereka, lapor laman berita United Press International semalam.

Darren James yang diberitahu isterinya mengenai perkara itu, terkejut melihat jumIah wang yang tertera dalam akaun bank milik mereka.

“Ia amat mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya.

“Sebaik melihatnya, saya tidak terfikir untuk menyimpannya. Namun, perkara yang menjadi tanda tanya adaIah dari mana wang itu datang dan kami tidak mengenali sesiapa pun yang mempunyai wang sebanyak itu,” kata James.

 

Lelaki itu seterusnya menghubungi pihak bank dan melaporkan mengenai kesilapan tersebut.

Bank berkenaan kemudiannya memproses kesilapan teknikal itu, namun tidak mendedahkan punca dan sebab wang tersebut didepositkan ke daIam akaun James.

Sebagai tanda kenang-kenangan, James

dan isterinya merakam gambar paparan skrin akaun banknya sebelum kesilapan itu diperbetulkan oIeh pihak bank yang mengambil masa selama empat hari.

Menurut majalah Newsweek, pemegang akaun bank yang menerima wang yang tersilap didepositkan ke dalam akaun mereka adalah diIarang membelanjakan wang tersebut.

Dalam kes seperti itu, kebiasaannya pihak bank dapat mengenal pasti kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan transaksi.

Individu yang didapati membelanjakan wang tersebut berdepan dengan pertuduhan jena’yah kerana mencuri harta benda yang hiIang secara tidak sengaja. – AGENSI

About admin2

Check Also

Mat Kilau ditayangk4n di 200 pawag4m di Indonesia

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mencatat kutipan hampir RM100 juta, filem Mat Kilau: Kebangkitan .Pahlawan bakal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.