Home / Terkini / “Baru Seminggu, Lampu ‘Check Engine’ Naik..” – Tuntut Keadilan, Wanita Beli Kereta Baru Rupanya Bekas ‘Eksiden’

“Baru Seminggu, Lampu ‘Check Engine’ Naik..” – Tuntut Keadilan, Wanita Beli Kereta Baru Rupanya Bekas ‘Eksiden’

Mana-mana individu pasti akan berasa berang ataupun kecewa jika kereta idaman yang dibeli menggunakan duit titik peluh sendiri musnah akibat dari kesalahan orang lain.

Seperti yang terjadi pada seorang wanita di TikTok ini, beliau meluahkan rasa kecewa apabila mendapati kereta yang baru saja dibeli olehnya merupakan kereta bekas kemalangan.

Advertisement

Lihat pada video hantaran terbabit, wanita berkenaan sedang menuju ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan keadilan atas apa yang telah terjadi.

@nurshakirabaharuddin

#protonmalaysia #proton #fyp #kelantan

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi bagaimana dirinya menyedari kereta tersebut mempunyai masalah serta merupakan bekas kemalangan apabila munculnya lampu ‘check engine’ selepas hanya seminggu menggunakannya

Berasa tidak sedap hati, wanita itu telah menghantar kereta terbabit ke pusat ‘service’ berdekatan, lalu mendapati ada wayar yang putus dalam kereta itu hingga membuatkan lampu ‘check engine’ muncul.

Turut berkongsikan segala bukti perbulaan bersama ‘seller’, rupanya kenderaan itu telah dibawa keluar untuk membeli rokok dan berlakunya kemalangan sebelum diberikan kepada wanita tersebut.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang telah terjadi pada wanita itu dan meminta dia untuk membawa kes ini ke mahkamah sekiranya mempunyai bukti kukuh.

 

1 MI

About admin2

Check Also

Mat Kilau ditayangk4n di 200 pawag4m di Indonesia

Kuala Lumpur: Selepas berjaya mencatat kutipan hampir RM100 juta, filem Mat Kilau: Kebangkitan .Pahlawan bakal …

Leave a Reply

Your email address will not be published.