Home / Semasa / DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur

DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur

Sejak kebelakangan ini, arena telekomunikasi tempatan dilihat sedang berkembang pesat dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan mahu pun penyedia rangkaian mudah alih. Ditambah pula dengan matlamat Malaysia yang mahu menjadi antara negara mempunyai fasiliti 5G terbaik di dalam perlumbaan 5G di rantau Asia.

 

Terbaharu, Digital Nasional Berhad sudah mengemas kini pada halaman peta liputannya yang meperlihatkan mereka kini dalam proses pembangunan beberapa tapak 5G baharu di beberapa buah negeri luar Kuala Lumpur. Tapak pembinaan 5G baharu ini merangkumi Selangor, Perak, Johor dan juga Pulau Pinang.

Tapak-tapak ini dilihat masih dalam peringkat pembangunan dan masih belum boleh digunakan oleh orang ramai lagi. Walaupun kerajaan masih belum hadir dengan pengumuman akhir berkenaan pelaksanaan pemborong rangkaian tunggal atau sebaliknya, DNB dilihat telah pun memulakan proses memperluaskan rangkaiannya ke lebih banyak lokasi.

 

Setakat ini, peranti yang menyokong rangkaian 5G milik DNB masih terhad dan dijangka akan diperluaskan secara berperingkat. Berdasarkan data yang turut dikongsikan, ia juga memaparkan kadar kelajuan purata 5G yang ditawarkan mencecah 626.13Mbps. Hal ini juga selaras dengan matlamat kerajaan yang mahu sekitar 80% liputan dalam beberapa tahun lagi.

 

Selain DNB, syarikat Telekom telah sertai Konsortium Sistem Kabel Dasar Laut Baharu dengan kapasiti lebih 100Tbps dalam memenuhi permintaan semasa.

Kredit : Vocket Tech

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.