Home / Semasa / ‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Until Kepada Pengunjungnya

‘Gua Lipas’ Terbesar Dunia Di Sabah Ini Tawar Pengalaman Until Kepada Pengunjungnya

Sabah merupakan antara destinasi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara. Bukan sahaja anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang memukau mata tetapi anda juga dapat melihat budaya masyarakat di Sabah.

 

Terdapat pelbagai destinasi menarik yang anda boleh kunjungi di Sabah, tetapi ada satu destinasi yang ramai tidak tahu iaitu Gua Gomantong. Menariknya, Gua Gomantong ini dikenali sebagai gua lipas kerana terdapat pelbagai spesis lipas boleh ditemui dalam gua tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Gua Gomantong ini terletak di Sandakan, Sabah dan akan memberikan anda satu pengalaman berbeza apabila berkunjung ke sini. Andai kata anda takut dengan serangga tersebut, inilah saatnya untuk anda mengatasi masalah anda dengan menerokai gua ini.

 

Difahamkan gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di dunia dan bukan hanya ada lipas tetapi terdapat kelawar, kumbang, tikus, pepijat dan ular di dalam gua.

 

Malah, gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Adakah anda akan berkunjung ke Gua Gomantong ini dan rasai sendiri pengalaman luar biasa ini?

 

Kredit : Vocket

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.