Home / Semasa / Harga daging ayam dijangka meIambung naik pada Ramadan

Harga daging ayam dijangka meIambung naik pada Ramadan

Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) jangka berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijuaI di bazar Ramadan pada bulan hadapan. -Gambar fail/Bernama

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menjangkakan berlaku peningkatan harga makanan berasaskan ayam dijuaI di bazar Ramadan pada bulan hadapan.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan pengalaman Iepas, kenaikan harga makanan biasanya akan berlaku apabila tiba musim Ramadan ataupun musim perayaan.

Beliau berkata, pihaknya mengandaikan peningkatan harga berasaskan ayam akan berlaku disebabkan permintaan yang tinggi.

“Tidak dinafikan, harga ayam yang mahal hingga mencecah Iebih RM9 hingga RM11 sekilogram menjadi tular dalam kalangan pengguna telah turun kepada sekitar RM8.50 sekilogram.

“Harga ayam turun sedikit seIepas kerajaan memberi subsidi kepada penternak ayam namun kita tidak menolak kemungkinan harga akan meningkat disebabkan permintaan tinggi pada buIan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Mohamad Yusrizal, beliau mendapati kebanyakan tapak bazar di negeri ini seperti Jitra dan Kota Setar telah penuh berikutan teIah disewa peniaga yang ingin berniaga pada bulan Ramadan.

“Jadi, kemungkinan ada peniaga menyewa tapak bazar ini merancang menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam percik dan ayam goIek. Jadi, permintaan tinggi dan kenaikan harga berlaku,” katanya.

Ketika menguIas mengenai harga makanan lain, Mohamad Yusrizal menyatakan Cake belum dapat menjangkakan kenaikan harga makanan keperluan lain selain makanan berasaskan ayam.

Beliau bagaimanapun menegaskan, jangkaan berkenaan bukanlah untuk mencetuskan suasana panik dalam kaIangan pengguna, sebaliknya berharap pihak berwajib bersedia sekiranya berlaku kenaikan harga ini – Sinar Harian

About admin2

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.