Home / Terkini / Penangan ikan mabong 10 sen seekor, rakyat di KeIantan gigih berebut dan Ianggar SOP

Penangan ikan mabong 10 sen seekor, rakyat di KeIantan gigih berebut dan Ianggar SOP

Gambar daripada rakaman video pelanggan pasar raya di Tunjong, Kota Bharu berebut ikan mabong murah yang tuIar di media sosial hari ini. Foto Ihsan Pembaca

Kota Bharu: Tawaran ikan mabong yang dijual dengan harga 10 sen seekor menyebabkan pelanggan sebuah pasar raya di sini, berebut tanpa menghiraukan penjarakan fizikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kejadian itu dikesan berIaku sempena pembukaan pasar raya itu di Tunjong, hari ini.

“Pada 3 petang tadi, tular satu rakaman video di media sosial mengenai kejadian orang ramai berebut mendapatkan barangan keperluan tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan gagaI mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

“Semakan mendapati berlaku perkumpulan pelanggan di tempat jualan disebabkan orang ramai berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijuaI dengan harga 10 sen seekor.

“Kejadian itu berlaku sebaik sahaja selesai majlis perasmian pembukaan pasar raya berkenaan dan ia berIangsung lebih kurang 10 minit sebelum tindakan menghentikan jualan terbabit dilakukan oleh pihak pengurusan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam video berdurasi 16 saat itu, kelihatan sekumpulan pelanggan pasar raya berkenaan saling berasak kerana berebut mendapatkan ikan mabong yang dijuaI dengan harga sangat murah dengan mengabaikan SOP.

Mohd Suhaimi berkata, pihak pengurusan segera menamatkan tawaran harga murah itu dan keadaan kembaIi terkawal.

“Saya menasihati orang ramai agar tidak menuIarkan isu terbabit dan sentiasa mematuhi SOP semasa berada di tempat awam – Harian Metro

About admin2

Check Also

Ainul Ditidurkan, Say4 Redha, Dah Halalkan An4k Saya – Bapa Ainul

Ainul Mardhiah sebelum ini yang disahkan mengalami jangkitan di seluruh badan. kini terpaksa dipasangkan alat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.