Home / Semasa / Bintang Kilauan Emas, Silah meninggal dunia | MyBlog

Bintang Kilauan Emas, Silah meninggal dunia | MyBlog

Kuala Lumpur: Bintang program realiti Kilauan Emas musim ketiga, Silah atau nama sebenarnya Silahuddin Ali, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, jam 10.20 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan isterinya, Norasidah Khamis yg memaklumkan Allahyarham dijangkiti virus itu sejak 4 Mac lalu, namun keadaannya semakin kritikal selepas lima hari.

“Arwah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas paras oksigen semakin menurun. Sebaik tiba di hospital, arwah terus dibawa ke wad kecemasan. Namun, arwah terpaksa ditidurkan kira-kira 15 minit kemudian memandangkan arwah menghidap penyakit buah pinggang tahap empat, kencing manis, darah tinggi & batu karang.

“Jadi, keluarga buat keputusan menidurkannya. Itulah jalan terbaik. Bagaimanapun, arwah dipindahkan ke wad pesakit Covid-19, jam 4 pagi, kelmarin. Keesokannya, doktor melakukan dialisis darah dalam keadaan ditidurkan. Itu juga kali pertama arwah buat dialisis,” katanya.

Menurut Norasidah, dalam waktu yg ‘genting’ itu dia & anak hanya dapat memantau keadaan Silah dari jauh sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sepanjang arwah di hospital, saya hanya mampu menghubungi pihak hospital beberapa kali utk mengetahui keadaan arwah.

“Selepas melakukan dialisis, doktor memaklumkan tahap oksigen kembali okay, cuma buah pinggangnya sudah teruk, begitu juga paru-paru. Pihak hospital sedaya upaya melakukan terbaik utk menyelamatkan arwah suami, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya.

Silah yg juga pemenang tempat ketiga Kilauan Emas musim ketiga meninggalkan sembilan anak & seorang cucu. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, hari ini.

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.