Home / Semasa / “Gaji Kalahkan Engineer..”- Wanita Ini Cari Pembantu Rumah, ‘Offer’ Gaji RM3,800 Sebulan | MyBlog

“Gaji Kalahkan Engineer..”- Wanita Ini Cari Pembantu Rumah, ‘Offer’ Gaji RM3,800 Sebulan | MyBlog

Sebuah perkongsian daripada seorang individu yg sedang mencari pembantu rumah di media sosial telah berjaya mencuri perhatian warga maya apabila rata-ratanya ‘terpegun’ dengan gaji yg ditawarkan individu itu.

Dalam hantaran tersebut, wanita tersebut menawarkan pekerjaan pembantu rumah utk menjaga dua orang anaknya yg berusia 10 tahun & 6 tahun, selain perlu boleh memasak & juga mengemas rumah.

Wanita itu juga memaklumkan mengenai gaji yg ditawarkan adalah sebanyak RM3,800 sebulan dengan sehari cuti dalam seminggu.

Perkongsian itu nampaknya telah membuatkan mereka-mereka yg bergaji rendah namun mempunyai kelulusan Universiti sedikit tertanya-tanya mengenai tahap gaji minimum yg ditawarkan oleh majikan merek

Jadi maid pun RM3.8k, korang yg ada degree tu masih RM2.5k ke? Lemah!! – netizen

Namun ada juga yg memberi pendapat bahawa pekerjaan menjadi pembantu rumah bukanlah kerja yg mudah selain masa yg tdk menentu menjadikan tawaran gaji itu adalah sesuatu yg munasabah utk ditawarkan setinggi itu.

Menjaga Adab Sebagai Majikan Terhadap Pembantu Rumah..

Kebanyakan keluarga di Malaysia ini mempunyai Pembantu Rumah atau bahasa lainnya Orang Gaji.. Tugasan mereka ialah melaksanakan kerja2 rumah k3rana kesibukan pasangan suami isteri mencari rezeki.. Pembantu2 rumah yg sering kita ketahui ialah drpd negara2 luar.. Haa, International gitu.. seperti drpd Indonesia, Filipina & sebagainya..

Walaupun pembantu2 ini diberi gaji bulanan yg telah ditetapkan, namun majikan2 masih perlu menjaga ADAB dgn mereka walaupun mereka “hanya” pembantu rumah.. Adab2nya adalah seperti berikut :

1) TIDAK MEMBEBANKAN PEMBANTU RUMAH

Sememangnya mereka telah ditugaskan melaksana perintah kita utk membuat kerja2 rumah, TETAPI ingatlah bahawa merka juga MANUSIA biasa yg ada had2 tenaga.. Bukan semua kerja mereka boleh buat sekaligus.. Mereka juga perlukan rehat yg secukupnya… Dan JANGANLAH bebankan mereka dgn kerja yg terlalu banyak.. Mengalahkan orang yg bekerja di office.. Dan bantulah mereka k3rana…

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya :

“Saudaramu dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai pembantu bawah kekuasaanmu.

Sesiapa yg berada di bawah kekuasaaannya, maka hendaklah dia memberinya makanan daripada makanannya, memberinya pakaian daripada pakaiannya.

Kalau dia memerintah kepadanya pekerjaan yg dia tdk mampu melakukannya, hendaklah membantunya.”

( Riwayat Al-Tirmizi)

2) MENJALIN KERJASAMA BAIK

Kadang-kala ada beberapa keluarga yg memandang rendah dgn pekerjaan sebagai pembantu rumah, maka mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai majikan terhadap pembantu rumah..

Dan mereka juga bersikap kurang sopan terhadap pembantu rumah.. Dan menyebabkan pembantu rumah bertindak kasar terhadap anak2 majikannya atau melarikan diri.. TETAPI semua ini boleh DIELAK sekiranya kedua-dua belah pihak menjalinkan hubungan yg BAIK.. InsyaAllah.. Bagaimana? Well, banyak caranya.. Antaranya :

i) Sentiasa mendengar masalah mereka & tolong selesaikannya jika mampu

ii) Sentiasa berbual mesra dengan mereka

iii) Sentiasa mengizinkan mereka melawat keluarga mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali atau sewaktu cuti perayaan

iv) Tidak membebankan mereka dgn kerja yg terlalu banyak & berat

3) MEMINTA TOLONG BUKAN MEMERINTAH

Setiap drpd kita ada kekurangannya.. Sebaik mana pun kita, pasti akan ada kesilapan yg dilakukan.. Terutamanya dari segi BAHASA kita kepada orang ramai.. atau bahasa majikan kepada pembantunya.. Ingatlah bahawa apabila kita ingin meminta tolong mereka, mintalah dgn cara yg baik, nada lembut & sebagainya..

Kerana kita ini TIDAK LAYAK utk berkurang sopan terhadap mereka k3rana mereka juga MAKHLUK Allah S.W.T.. Mereka juga mempunyai perasaan.

Majikan mempunyai akal, maka fikir-fikirkanlah.. Renungkan.. Adakah kita bersikap baik terhadap pembantu kita? Wallahualam..

4) MENDENGAR KATA

Nasihatkanlah kpd anak2 kita supaya mendengar kata pembantu rumah.. (kecuali yg buruk2 laa.. =P) Kerana dgn cara ini, anak2 akan menghormati pembantu rumah DAN juga LEBIH

menghormati & mendengar kata ibu bapanya, InsyaAllah.. Dan majikan2 juga perlulah mendengar masalah2, rintihan2 pembantu kita agar stres mereka dapat diatasi & dapat melaksanakan kerja dgn lebih bagus.. InsyaAllah…Maka ingatlah majikan2 di luar sana.. JAGALAH adab2 kita terhadap pembantu rumah kita..

Apa yg sering kita dengar atau lihat di media2 massa ialah tajuk2  seperti “Pembantu Rumah Mendera Anak” .. Seperti baru2 ini iaitu seorang pembantu rumah yg dikenakan 20 tahun penjara k3rana melambung bayi majikannya.. Well, pada pendapat saya.. “Laa 20 Tahun je?

Kenapa tak 200 tahun tambah dgn sebatan? Lagi adil.. Ataupun lambung dia sampai patah riuk..”

.. Tetapi jikalau kita fikir dalam2, mengapa mereka berperilaku begitu? Kebanyakannya adalah k3rana majikan TIDAK MENJAGA ADAB, KURANG SOPAN, MENGHINA mereka.. senang cerita kalau tak nak anak kita didera pembantu rumah.. TAK payah ambil pembantu rumah.. Seorang ISTERI  & pembantunya si SUAMI sudah memadai.. Wallahualam.. =)

Sumber: beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Sering Jalinkan Kerjasama Dgn Bekas Kekasih” Tak Sangka Ini Respon Isteri Awie.

Profesional. Mungkin kalimat itu yg tersemat dalam jiwa penyanyi Datuk Awie apabila perlu bekerjasama dengan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.