Home / Semasa / Penjawat awam disyaki terima rasuah daripada kontraktor

Penjawat awam disyaki terima rasuah daripada kontraktor

SHAH ALAM: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah RM2,500 daripada sebuah syarikat kontraktor.

 

Sumber berkata, perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek sebagai balasan untuk membantu syarikat berkenaan mendapatkan kerja-kerja penurapan jalan bernilai kira-kira RM90,000 kepada syarikat terbabit.

 

 

Suspek lelaki berusia 35 tahun itu kini berkhidmat di sebuah agensi kerajaan lain dan ditahan di pejabat SPRM Selangor sekitar jam 2 petang tadi.

 

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

 

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret, Shah Alam Selangor pada jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.

 

Kredit : Berita Harian

About admin2

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.