Home / Makanan / Resepi Puding Karamel Cantik

Resepi Puding Karamel Cantik

RESEPI PUDING KARAMEL CHANTIK

 

Bahan-bahan ( utk dimakan sekeluarga )

 

buat gula hangus:

3/4 cawan gula-dibuat gula hangus

3 sudu besar air

 

Cara-cara

1. Sapu loyang bulat 9″ dengan sedikit minyak masak

2. letak gula dalam kuali, masak sehingga perang dengan api kecil

3. tambah air satu sudu demi satu sudu , kacau hingga pekat

4. tuang dalam loyang tadi. ketepikan

 

Bahan-bahan Puding:

 

1 tin susu cair 400gm

300ml air

3/4 cawan gula pasir

1 sudu besar tepung kastard

1 sudu kecil esen vanilla

6 biji telur A

 

Cara-cara

1. Ketika ini bolehlah dipanaskan air utk mengukus.

2. satukan tepung kastard, susu ,air dan gula. kacau sampai gula betul2 larut

3. masukkan telur, kacau dengan hand whisk hingga adunan sebati.

4. tapis adunan kedalam loyang yang berisi karamel tadi

5. tutup loyang dengan aluminium foil.

6. Kukus selama 45minit.

7. kalau nak tau puding masak ke tak, cucuk bahagian tengah puding dengan lidi, kalau tak ada apa2 melekat, maknanya puding dah masak

8. tunggu sejuk dahulu barulah boleh di terbalikkan puding yek!

 

LIKE & SHARE

 

Kredit : Resepi Sedap

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.