Home / Semasa / Harga minyak sawit mentah melonjak sehingga RM9,300 satu tan

Harga minyak sawit mentah melonjak sehingga RM9,300 satu tan

Harga minyak sawit mentah melonjak melebihi RM8,000 pada awaI bulan lalu dan kini berada pada paras RM7,546 satu tan setakat Khamis lalu. – Foto Bernama

 

KUALA NERANG – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meneruskan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga suku ketiga tahun ini dan diunjur mencapai sehingga paras RM9,300 satu tan.

 

Menteri Perusahaan PerIadangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, angka itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan dagangan kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit mentah di Bursa Malaysia.

 

Kalau ikut Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah, memang akan cecah sampai RM9,300 satu tan. Sekarang sampai Jun kita rasa trend peningkatan harga sawit ini akan berterusan sehingga ke suku ketiga tahun ini.

 

Paling cepat kenaikan itu mencapai paras RM9,300 pada suku ketiga, kalau tidak mungkin boleh berIanjutan sampai hujung tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pemprosesan Getah Krip dan Projek Transformasi Perusahaan Getah (Target) di sini pada Ahad.

 

Beliau diminta mengulas trend kenaikan MSM yang sebelum ini diIaporkan melonjak melebihi RM8,000 pada awal bulan lalu dan kini berada pada paras RM7,546 satu tan setakat Khamis lalu.

 

Zuraida berkata, kenaikan harga itu sememangnya memberikan keuntungan kepada peIadang dan kerajaan, namun mungkin memberi kesan kepada peningkatan harga produk berkaitan minyak sawit yang digunakan pengguna.

 

Tapi bagaimana pun kita tetap beri subsidi iaitu sebanyak 20 peratus daripada minyak sawit mentah kita, jadi tidak menjadi isu (walaupun harga minyak sawit mentah melonjak),” katanya.

 

Mengulas mengenai kemasukan pekerja asing seramai 32,000 orang seperti yang diumumkan sebelum ini bagi memenuhi keperluan di sektor perIadangan, Zuraida berkata, kumpulan pertama dijangka tiba di negara ini seawal hujung April depan.

 

Sekarang kita sedang dalam proses untuk bawa mereka masuk, Insya AlIah, awal Mei atau hujung April kumpulan pertama akan masuk ke negara ini,” katanya. – Bernama

 

Kredit : RENTASASIA

About admin2

Check Also

Dalam Hukum Faraid, Perempuan Dapat Bahagian Yang Sedikit. Adilkah? | Article Update

Apabila berlaku kehilangan ahli keluarga, antara perkara berbangkit yg akan berlaku adalah mengenai pembahagian pusaka …

Leave a Reply

Your email address will not be published.