Home / Semasa / Kucing Kesayangan Dato Rosyam Nor Hilang!! Ini Jumlah Habuan Siapa Yang Menjumpai Nya

Kucing Kesayangan Dato Rosyam Nor Hilang!! Ini Jumlah Habuan Siapa Yang Menjumpai Nya

Kuala Lumpur – Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory memuat naik foto kucingnya yg diberi nama Midnight.

Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yg dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara.

Sekadar info, Datuk Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Rosyam Nor merupakan seorang pelakon, pengacara, penerbit, model lelaki Malaysia & sepupu Faizal Hussein.

Anugerah & penghargaan beliau termasuk empat Anugerah Skrin & lima Festival Filem Malaysia. Beliau juga telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pelakon Yang Paling Banyak Menerima Anugerah.

Beri Ganjaran

Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM 1,000 kepada sesiapa yg menjumpai kucing kesayangannya yg hilang sejak 2 Mac lalu.

“Kucing hilang. Ganjaran RM 1,000. Midnight. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara.

“Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya.

Menurut pelakon filem KL G.angster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan & berharap sesiapa yg menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.

Rosyam mengakui dia berasa bi.mbang sekiranya ada individu yg mengambil kucingnya secara tdk sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.

“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya & usia dia dah lebih lima tahun.

“Jadi, saya harap sesiapa yg jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia seluruh keluarga rasa kehilangannya.

“Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu.

“Sesiapa terambil, sebab dia cantik & besar, minta dipulangkan semula tolong,” kata Rosyam Nor.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantausemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.