Home / Semasa / “Muka Saya Ada Iras Tangmo” Kata Peminat Serra, Skali Komen Netizen Bikin Ramai Berdekah. | MyBlog

“Muka Saya Ada Iras Tangmo” Kata Peminat Serra, Skali Komen Netizen Bikin Ramai Berdekah. | MyBlog

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mencuri perhatian ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.

Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yg kelihatan langsing berjubah utk tatapan umum.

“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?” tulis Serra di ruangan kapsyen.

Pada perkongsian itu lagi, Serra tampil jelita setelah berjaya menurunkan berat badan lebih 11 kilogram (kg) sekali gus membuatkan dia semakin berkeyakinan di khalayak ramai.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yg kurang bersetuju dengan dakwaan yg menyatakan wajah ibu beranak dua itu ada mirip Tangmo.

Selain menerima usikan daripada wargamaya, ada yg berpendapat wajah Serra lebih mirip dengan aktres Farah Nabila.

“@Ringgoalbero:kau lebih la.. iras Syuk je dah cukup la…”

“@Suprisegift_foryou:Ni bukan Tangmo kak, ni tang mano.”

“@idabasir767:maaf ya tadak langsung macam Tangmo. Kalau Nasha Aziz sungguh macam Tangmo sebiji.”

“@mea_damia:saya tengok macam iras Farah Nabila.”

“@:kalau ada kawan ajak makan naik speed boat hati-hati ya kak.”

“@Nurul Najwa:Confident sangat tinggi kak lepas lawa bagus bagus. Luv you.”

“@Nor Hasliza:Yelah kak iras sangat dengan Tangmo. Tapi akak dah bersedia ke nak dibayangi Tangmo ada di setiap penjuru rumah akak.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar into, kemelut rumah tangga Serra & Shuk masih belum menemui nokhtah walaupun sudah beberapa bulan mereka hidup berjauhan.

Pada November tahun lalu, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.

Dia juga memberitahu sudah tdk tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober. Serra & Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, & Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan | Article Update

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender …

Leave a Reply

Your email address will not be published.