Home / Semasa / Ramai Minta Penyanyi Lagenda, Dato Shake Pulang Ke Malaysia. Tapi Sebab Ini Dia Agak Susah Utk Balik

Ramai Minta Penyanyi Lagenda, Dato Shake Pulang Ke Malaysia. Tapi Sebab Ini Dia Agak Susah Utk Balik

Legenda sepanjang zaman. Itu ungkapan yg dapat saya gambarkan tentang figura yg saya tampilkan dalam ruangan ini, kali ini.

Jangan sesekali kita tidakkan jasa & pengorbanan anak seni ini. Ia terlalu besar.

Datuk Sheikh Abdullah Ahmad Bahweres atau lebih terkenal sebagai Datuk Shake ialah insan yg cukup istimewa.

Lagu-lagu dendangan beliau, dari dahulu sampai sekarang kekal menjadi siulan segenap generasi. Malar segar.

Kehadiran beliau dalam industri berimpak tinggi. Karya seni seorang Datuk Shake berkualiti. Beliau dianugerahkan bakat tersendiri.

Datuk Shake setakat ini telah mengeluarkan 10 album termasuk Kau Bungaku pada 1983, Bicara Tentang Cinta (1984), Cinta Dan Hidup (1984) & Chameleon (2012).

Namanya melonjak dengan beberapa lagu ‘berhantu’ seperti Umi, Anugerah Dari Kegagalan, Pulanglah, Lina & banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Datuk Shake juga membuktikan dia mampu membawa lagu berbahasa Perancis antaranya Tu Sais je t’aime & Avec elle.

Semestinya, figura ini masih dirindui. Meskipun sudah terlalu lama menetap di bumi Perancis, hatinya tdk jauh meninggalkan tanah kelahiran sendiri.

Peminat masih berharap beliau pulang. Sekurang-kurangnya, sekali-sekalapun tdk mengapa. Keinginan melihat Sheikh Abdullah menghiburkan di depan mata, menebal.

Bercerita tentang kehidupan dalam era pandemik, beliau mengakui turut terkesan. Katanya, gaya hidup sekarang telah berubah. Hanya yg mampu menyesuaikan & melindungi diri.

“Saya ada cucu, anak-anak & kenalan di sini. Banyak benda yg perlu dibuat. Tetapi, pasal pandemik ini, kami tak boleh keluar sangat. Duduk di rumah. Nampak gaya, kena ikut peraturan.

“Industri di sini (Perancis) sama seperti satu dunia. Sedikit tergendala. Orang tak berani keluar.

Tak selesa. Kena pakai pelitup separuh muka lagi. Tengok konsert kalau boleh kita nak nyanyi, terjerit-jerit.

“Bila sudah ada vaksin, kita jadi lebih yakin. Pada pendapat saya, vaksin menyelamatkan nyawa.

Ramai yg ambil (vaksin), semua okey ap4. Cuma, sejak 2019 hingga sekarang, banyak yg tiada pekerjaan,” ceritanya.

Tentu sekali ramai tertanya-tanya. Bagaimana Datuk Shake menyesuaikan diri di kala pandemik ini.

Dan bagaimana pula kerjaya seorang anak seni sepertinya yg merantau jauh membina kehidupan di bumi asing.

“Dari dahulu sampai sekarang okey. Tetapi, disebabkan pandemik, sedikit mengecewakan kita semua.

“Saya ada berhajat nak buat konsert di Malaysia. Sudah rancang sejak 2019. Tetapi, pasal pandemik ini, tak jadi. Tergendala,” ceritanya lagi.

Pada usia awal 20-an, Datuk Shake sudah mengumpul keberanian, terbang keluar negara utk membina nama.

Ternyata percaturan itu membuahkan hasil. Namanya mengharum di bumi Perancis.

“Ini cerita lama. Kalau pertama kali itu, balik semula ke tahun 1973. Masa itu, saya berumur 22, nak masuk 23 tahun.

Dahulu, anak-anak Johor, kebanyakannya suka merantau. Berani. Tujuan kita utk berjaya. Tak mahu duduk dekat Malaysia sahaja.

“Bila tiba giliran saya, saya katakan okey, masa sudah tiba. Saya pergi. Setelah itu, semua ditakdirkan. Saya bawa kebolehan, iaitu menyanyi di kelab malam,” katanya.

Diterima baik peminat muzik di Perancis, Datuk Shake meluahkan rasa syukur. Katanya, bukan mudah membina nama di sana.

Apatah lagi dalam kalangan masyarakat yg tdk terlalu mengamalkan dasar terbuka tentang muzik & hiburan.

“Walau bukan bahasa saya, kena nyanyi juga. Dalam bahasa Perancis. Pada awal datang ke sini, saya antara orang asing yg dapat menghiburkan masyarakat di sana.

“Mereka sangat teliti. Tidak suka orang asing nyanyi bahasa mereka. Tetapi mereka terima saya. Jadi saya berterima kasih kepada orang Perancis.

“Di sini saya bertemu isteri saya. Membesarkan anak-anak. Di sini juga nama saya dikenali. Jadi, saya tdk lupakan. Tetapi dari sudut hati, saya Melayu,” tegasnya.

Ikuti perkembangan

Meskipun berada jauh di bumi Eropah, bapa kepada lima cahaya mata ini mengakui tetap mengikuti perkembangan semasa tanah air.

Kata beliau, media sosial memudahkan dirinya utk mengetahui tentang berita & perkembangan terkini di Malaysia.

“Sekarang ada Facebook, Instagram macam-macam lagi. Senang utk akses. Tetapi, masa tdk cukup. Banyak benda lain nak buat. Sesekali saya tengok, ap4 yg berlaku. Kadang-kadang, kawan-kawan yg hantar. Jadi saya tahu ap4 berlaku.

“Pasal banjir pun saya tahu. Dekat sini ada diceritakan. CNN ada cerita. Malaysia pun dalam peta juga,” selorohnya.

Apabila diminta memberi pandangan tentang perkembangan industri seni, Datuk Shake memberikan perspektif beliau yg tersendiri. Baginya, teknologi pada masa kini telah memudahkan penyanyi-penyanyi di zaman ini utk berkarya & menempa nama.

“Banyak perubahan. Mesti ada. Tidak boleh kata tak ada. Teknologi, dahulu analog sekarang digital. Ada perkakas, kemudahan & akses. Terlalu banyak.

“Masa saya dahulu, kami banyak menghasilkan. Menyanyi pada masa dahulu, boleh diperbaiki sedikit-sedikit sahaja. Sekarang, boleh semua.

“Orang sekarang ingat dia hebat menyanyi. Kalau nak tahu bagus atau tdk, jangan guna mikrofon yg ada sekarang.

Bahaya. Banyak benda-benda dalaman, yg membuatkan kita fikir suara kita sedap. Sebenarnya tdk, pada pendapat saya,” katanya.

Tambah Datuk Shake, generasi pada zaman ini bertuah k3rana adanya pelbagai kemudahan utk mereka mempelajari & menceburi bidang muzik serta menjadi seorang penyanyi.

Katanya lagi, anak muda zaman sekarang juga bertuah k3rana mempunyai ibu bapa yg terbuka & mendokong minat mereka utk berkecimpung di dalam bidang muzik.

“Budak-budak sekarang pergi sekolah muzik. Mak bapa dia orang belikan bermacam-macam perkakas. Masa saya dahulu, tiada.

“Satu sahaja beza dahulu & sekarang. Orang dulu letak sepenuh hati. Orang sekarang, manja. Pengalaman penyanyi dahulu lain. Budak-budak sekarang lain,” ujarnya.

Saya kagum dengan seorang Datuk Shake. Kerana ap4? Pada usia separuh abad, figura ini kelihatan masih bertenaga, sihat & bersemangat utk terus berkarya.

Saya tertanya-tertanya apakah rahsia di sebalik kudrat yg dimiliki seorang penghibur hebat sepertinya.

KUALA LUMPUP, 18 Februari 2014 – Datuk Shake mengadakan sidang media berhubung pelancaran video klip terbaharu berjudul “Umi” & konsert amal yg akan diadakan sempena hari ibu di Kuching, Sarawak, disini hari ini.GAMBAR : FAIRUZ IZYANA AYUB / PEMBERITA : AZIZ (hib utusan) , FATEN (hib kosmo!) . AZRIN (meja jawi)

“Pada usia menginjak ke 70 tahun, saya masih mengikuti latihan vokal. Itu ‘memudakan’ kita.

“Vokal perlu dilatih. Ia memerlukan tenaga. Tenaga perlu kecergasan. Nak kena jaga makan. Jaga badan.

“Tiada rahsia. Macam bermain tenis, perlu jurulatih. Jurulatih nampak ap4 yg tiada. Yang salah, dibetulkan. Buat salah tdk mengapa. Itu akan membaiki kita. Anugerah daripada kegagalan,” jelasnya.

Dalam rancak bercerita, Datuk Shake ada menyuarakan rasa terkilan & sedih berhubung layanan pihak-pihak tertentu di Malaysia yg seakan memandang rendah cita-citanya utk membuat persembahan di tanah kelahiran sendiri.

“Saya ada niat utk buat konsert-konsert besar buat peminat-peminat di Malaysia. Tetapi penaja menyifatkan saya mahal, itu ini tak boleh. Tetapi, kalau bangsa asing, boleh pula. Untuk saya, tak boleh.

“Saya nak kualiti. Biar bagus. Tetapi pada mereka, mahal. Sebab itu saya tak nak buat. Sedih.

“Bukan saya tak boleh buat. Saya boleh. Saya masih ada suara. Jiwa masih muda. Boleh nyanyi,” luahnya.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Bekas isteri bongkar Tegar kerap DM kenalan, ‘jual’ cerita sedih.

Berita penceraian penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejutkan ramai k3rana dia amat dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.