Home / Makanan / Resepi Kari Ayam Hijau Thai

Resepi Kari Ayam Hijau Thai

RESEPI KARI AYAM HIJAU THAI

 

Bahan-bahan

 

1 batang serai, hiris halus

4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)

4 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci lengkuas

1/2 inci halia

1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih

1 genggam daun selasih

1/2 camca teh serbuk jintan manis

1 camca teh serbuk ketumbar

1/2 camca teh serbuk lada sulah

3 camca besar sos ikan

1 inci belacan, dibakar

2 camca besar jus limau nipis

1 camca besar gula melaka

4 camca besar santan

Sedikit air

 

Bahan-bahan kari hijau Thai

 

1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan

3/4 cawan tepung pipit

1 biji tomato, dibelah 6

1/4 biji traffic light capsicum (merah, hijau dan kuning) didadu besar

2 batang serai, diketuk

4 helai daun limau purut

10 biji cili padi, diketuk

Pes kari hijau secukupnya (lihat resepi di bawah)

300 ml pati santan

Air secukupnya

1 kiub pati ayam (optional)

Jus limau nipis secukup rasa

Sos ikan secukup rasa

Sedikit gula

1 genggam daun selasih

 

Cara mambuatnya

 

Untuk pes rempah kari hijau Thai :

 

Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai.

 

Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

 

Bila rempah garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..

 

Untuk kari hijau Thai :

 

Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya.

 

Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.

 

Masukkan traffic light capsium, cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula.

 

Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi.

 

Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..

 

Selamat mencuba…

 

Kredit : resepi masak ayamm

About admin2

Check Also

Resepi Nasi Ayam Sedap, Suri Rumah Wajib Cuba

Siap dah nasi ayam memikat hati suami ni😋 Saya share resepi nasi ayam ye Ayam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.