Home / Semasa / Bekas Suami & Teman Lelaki Nangis Berpelukan Lepas Tengok Video Tangmo, Ambil Semua Foto Mendiang Simpan Di Rumah

Bekas Suami & Teman Lelaki Nangis Berpelukan Lepas Tengok Video Tangmo, Ambil Semua Foto Mendiang Simpan Di Rumah

Semalam merupakan hari terakhir upacara pemakaman mendiang Tangmo Nida namun upacara pembakaran yg sepatutnya berlangsung hari ini telah ditangguhkan. Hal ini k3rana ibu mendiang, Panida Siriyudthayothin telah mengarahkan forensik utk memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik utk proses bedah siasat buat kali kedua.

Upacara pemakaman pada hari terakhir semalam berjalan dengan agak lancar dengan kehadiran rakan-rakan seperjuangan, ahli keluarga, kenalan & para peminat mendiang Tangmo Nida. Bukan itu sahaja, turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah bekas suami mendiang iaitu Tono Phakin Khamwilaisak.

Menerusi video yg dikongsikan kelihatan Tono Phakin yg memakai baju berwarna hitam tertunduk & telah mengalirkan air mata sebak dengan pemergian bekas isterinya.

Wajah & mata lelaki ini tdk dapat menyembunyikan kesedihan yg ditanggung namun sempat ditenangkan oleh rakan-rakan selebriti termasuk teman lelaki Tangmo iaitu Bird. Menerusi satu rakaman yg viral di media sosial memperlihatkan Tono & Bird berpelukan memberi kekuatan & kata-kata semangat utk satu sama lain.

Menerusi laporan, Tono dipercayai menangis selepas melihat satu klip video memaparkan Tangmo Nida sedang menyanyi sambil bermain ukulele. Difahamkan, video itu dirakam semasa Tangmo membuat kejutan sempena hari jadi Tono pada suatu ketika dahulu. Tidak terhenti di situ, ada dakwaan mengatakan baju hitam yg dipakai oleh Tono pada upacara pemakaman semalam merupakan baju pemberian Tangmo sewaktu mereka bergelar suami isteri dahulu.

Menurut sumber, walaupun sudah berpisah & membuat haluan masing-masing namun Tono & mendiang Tangmo mempunyai hubungan yg baik sebagai kawan. Malah, Tono juga merupakan salah seorang individu yg turut serta dalam misi pencarian mayat Tangmo Nida di Sungai Chao Phraya.

Sementara itu, pada hari terakhir upacara pemakaman, Bird dikatakan telah mengutip & mengambil satu persatu gambar-gambar mendiang yg ada di upacara tersebut. Menurut sumber, Bird mahu menyimpan gambar-gambar mendiang Tangmo di rumahnya sebagai kenang-kenangan. Mungkin juga utk tatapan saat dirinya merindui mendiang teman wanitanya itu.

Sumber: Thairath TV, Khaosod

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda | Article Update

Sememangnya kes buli yg serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.