Home / Terkini / Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin – Dr Musa

Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak alami anafilaksis selepas vaksin – Dr Musa

SHAH ALAM: Hanya dua dalam sejuta kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mengalami anafilaksis akibat daripada suntikan vaksin jenis Pfizer dan Sinovac, kata Pakar perunding kanak-kanak dan neonatologi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin.
Beliau berkata demikian berikutan terdapat segelintir ibu bapa bimbang dengan risiko implikasi daripada kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
“Untuk setengah jam pertama, bila kena suntikan, mereka tak sedarkan diri. Kemudian tekanan darah turun dan kanak-kanak ini memerlukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR).
“Bagaimanapun kesan anafilaksis ini hanya berlaku dua dalam sejuta kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun,” katanya pada forum awam bertajuk ‘Vaksin COVID-19: Adakah Anak Anda Perlukannya?’ yang bersiaran secara dalam talian, pada Ahad.
Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia dan Program Immunise4life.
Mengulas lanjut beliau berkata, antara kesan sampingan lain ialah miokarditis iaitu inflamasi terhadap jantung.
“Tetapi hanya satu dalam sejuta kanak-kanak menerima kesan sampingan ini,” katanya.
Sementara itu Ketua Seksyen Farmakovigilans, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Dr Azuana Ramli pula berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan bahawa kesan advers susulan imunisasi (AEFI) mempunyai hubung kait dengan vaksin yang diterima oleh kanak-kanak.
“Bila kita tengok statistik AEFI ini, ia cuma laporan sahaja. Belum lagi disahkan ada hubung kait dengan vaksin yang diambil,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya juga masih belum menerima laporan berhubung miokarditis dalam kalangan kanak-kanak tersebut.
“Di Australia memang mereka terima 17 laporan AEFI setakat 4 Mac, tetapi bila mereka nilai laporan ini cuma dua yang disahkan sebagai miokarditis.
“Jadi kesimpulannya, apa yang dilaporkan di Malaysia adalah selari dengan apa yang dilaporkan oleh badan-badan regulatori yang lain yang mana majoriti AEFI yang diterima itu adalah kesan-kesan yang tidak serius,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian

About admin2

Check Also

Ainul Ditidurkan, Say4 Redha, Dah Halalkan An4k Saya – Bapa Ainul

Ainul Mardhiah sebelum ini yang disahkan mengalami jangkitan di seluruh badan. kini terpaksa dipasangkan alat …

Leave a Reply

Your email address will not be published.