Home / Semasa / Paksa Anak Masuk Kelas Sains Sebenarnya ‘Membunuh’ Masa Depan Mereka? | MyBlog

Paksa Anak Masuk Kelas Sains Sebenarnya ‘Membunuh’ Masa Depan Mereka? | MyBlog

Ibu bapa sepatutnya dapat memberi bimbingan & nasihat utk mencorak kehidupan seharian & masa depan anak mereka.

Namun, tanpa disedari kadang-kadang ibu bapa itu sendiri seolah-olah terlalu memaksa anak-anak mengikut kemahuan mereka.

Perkara ini mungkin akan menimbulkan masalah kepada mereka & juga anak-anak mereka tersebut pada masa akan datang.

Misalnya dalam penentuan kelas aliran pelajar Tingkatan 4 anak-anak yg kini sedang hebat berlangsung di sekolah-sekolah di Malaysia.

Melalui Facebooknya, Khairul Anuar Basri telah membuat satu hantaran yg sangat menarik mengenai isu ini.

Perkongsian ini diharap dapat membuka mata para ibu bapa yg tanpa disedari sedang ‘membunuh’ masa depan anak mereka.

Kelas Sains

JANGAN BUNUH MASA DEPAN ANAK-ANAK!

Pagi ni saya terima Whatspp bergambar dari anak kedua saya. Happy dia sebab dapat aliran yg dia nak utk masuk Form 4.

Saya selalu cerita dekat anak-anak. SPM di Malaysia ni macam lesen utk macam-macam. Nak masuk universiti kena ada SPM. Nak kerja makan gaji nanti pun kena ada SPM.

Itu dah memang sistem yg semua orang maklum. Kalau takde SPM ni alamatnya susah la sikit hidup kita kat Malaysia ni.

Jadinya, bila masuk form 4, ambil la aliran yg kita minat atau yg kita senang nak score exam SPM. Jangan sesekali cari penyakit ambik aliran yg kita tak minat atau pun yg kita ada masalah.

Bila result SPM kita bagus, banyak pilihan universiti yg kita boleh mintak. Sebaliknya bila result SPM kita tak bagus, nak belajar kat universiti mana pun susah.

Masa saya sekolah menengah dulu, saya memang target nak score SPM. Semua subjek yg saya ambik ialah yg saya minat & mudah bagi saya.

Kenapa begitu? Sebab SPM ialah masa depan saya. Bukan masa depan mak bapak saya. Bukan juga masa depan cikgu atau sekolah saya.

Yang jadi masalah sekarang ni ialah mak bapak, cikgu-cikgu & juga sekolah pulak yg lebih-lebih nak corakkan masa depan anak-anak dengan SPM.

Semua pakat nak suruh ambil kelas aliran sains.

Macam kalau tak ambil aliran sains, dunia ni akan kiamat kot.

Semua pakat nak suruh jadi doktor, engineer, pilot, ahli sains & sebagainya. Macam kalau tak jadi semua tu, hidup ni gagal la kot.

Kalau mampu, silakan. Takde siapa nak halang pun. Bagus la ada Muslim Mukmin yg mahir bab-bab sains ni.

Tapi kalau dah dari Form 1 sampai ke Form 3 subjek sains asyik cukup makan saja, subjek Matematik asyik fail saja, ko ingat budak tu larat nak pikul beban mengaji Fizik, Kimia, Biologi & Matematik Tambahan?

Ini maksud saya, kita dah bunuh masa depan anak-anak kita. Mak bapak, cikgu & sekolah dah bunuh masa depan para pelajar SPM dalam diam & tanpa sedar.

Benda ni terjadi kat anak sulung saya sendiri. Dia tak minat segala macam subjek Sains Tulen & Matematik. Dah mintak dah kelas aliran lain. Tapi sekolah tetap jugak masukkan dia aliran Sains Tulen.

Hasilnya? Kalian sendiri pun boleh agak la kan. Saya nak sebut pun malu. Result exam asyik gagal saja. Nak score A jauh sekali.

Bukan tu saja. Semangat nak gi sekolah pun hilang. Nak masuk kelas pun takde mood. Kalau belajar selalu hilang fokus.

Yelah, buat benda kita tak nak. Kalau kena kat kita pun sama jugak kan?

Sepatutnya – kalau saya boleh cadang la kan – sekolah buat la survey pelajar Form 3 nanti aliran ap4 yg diorang nak ambil. Biasanya sekolah akan sediakan subjek teras & elektif utk pelajar pilih.

Daripada situ boleh tahu berapa kelas Sains Tulen nak bukak, berapa kelas aliran biasa nak bukak.

Ini tak. Daripada 5 kelas, 3 aliran sains tulen. Bila pelajar minta aliran biasa tak dapat, disumbatnya juga pelajar tu dalam kelas sains tulen. Bukankah ini zalim namanya?

Ke polisi Kementerian Pendidikan yg macam tu? Kena ada jugak certain-certain bilangan kelas Sains Tulen di sekolah? Kalau macam tu la polisinya, ini sudah tak betul & mesti diperbetulkan.

Minta maaflah kalau saya terpaksa tulis macam ni. Saya bukan anti sains, kelas Sains Tulen mahu pun Sekolah Sains. Bahkan saya sokong & suka dengan subjek Sains.

Saya minat dengan cara saya. Dan saya tak ambil aliran Sains masa SPM dulu sebab saya tahu setakat mana kemampuan saya.

Cuma jangan sesekali pandang lekeh pada minat & bakat anak-anak. Jangan pandang ia sebelah mata.

Walaupun ia bukan aliran sains, ia tetap juga permata ilmu yg perlu dihargai. Walaupun anak kita tak terer Sains & Add Math, ada banyak lagi kebaikan pada anak-anak kita yg kalau kita gilap dari awal, mereka juga bakal menjadi manusia yg hebat & cemerlang.

Paling penting, jangan bunuh masa depan anak-anak kita. Bagi mereka peluang utk hidup. Kalau mereka terbunuh lepas SPM nanti, itu kira nasib mereka memang tak baik la kan. Takde rezeki kata orang.

Tapi selagi kita ada ruang utk bagi anak-anak kita bernafas, maka bagilah anak-anak kita bernafas. Allah pun sebut beberapa kali dalam Quran larangan bunuh anak-anak ni.

Dan bunuh anak-anak dalam konteks moden ini salah satunya pada hemat saya ialah membunuh bakat & kemampuan mereka dalam bidang pendidikan.

#KAB

BACA: ‘Salahkan Pihak Lain Bila Ditegur’ – Guru Kecewa Pelajar Sanggup Tiru Tugasan, Kurang Usaha

Sumber & kredit foto: Khairul Anuar Basri

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.