Home / Semasa / Selepas Barisan Nasional Menang Johor, Ini Cadangan Terkini Dari Bossku Najib Razak Utk One-Off KWSP Kepada Kerajaan | MyBlog

Selepas Barisan Nasional Menang Johor, Ini Cadangan Terkini Dari Bossku Najib Razak Utk One-Off KWSP Kepada Kerajaan | MyBlog

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpandangan masa paling tepat utk kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah selepas pembayaran dividen 2021 & sebelum Ramadan.

Beliau juga turut mencadangkan empat langkah yg wajar dipertimbangkan kerajaan bagi memulihkan semula baki KWSP yg rendah.

“Dan sekiranya dibenarkan, saya juga harap kerajaan pertimbangkan empat langkah ini bagi memulih semula baki simpanan KWSP yg rendah bagi mereka yg masih terjejas akibat Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.

Ahli Parlimen Pekan itu mencadangkan, pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000, penstrukturan semula kadar dividen KWSP serta kadar caruman majikan dinaikkan semula, & memulihkan semula projek Kereta Api Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

“Beri projek Bandar Malaysia kepada KWSP & Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beri beberapa projek kerajaan kepada KWSP & syarikat milik KWSP,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap sokongan yg diberikan oleh parti serta ahli politik mengenai pengeluaran berkenaan adalah berterusan bukan sakadar sokongan sementara sempena musim Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Semasa kempen PRN Johor, ramai dari pihak sebelah sana yg pernah bantah pengeluaran khas kali terakhir KWSP tiba-tiba menyokong pula.

“(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Lim) Guan Eng, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) & Pas ‘u-turn’ pula utk sokong. Harap ini bukan sakadar sokongan sementara sempena musim PRN,” katanya.

Desakan mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP terus dibangkitkan apabila tempoh bagi tiga skim pengeluaran membabitkan i-Lestari, i-Sinar & i-Citra sudah berakhir.

Bagaimanapun, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata, pihaknya tdk bercadang membenarkan pencarum membuat pengeluaran tambahan buat masa ini.

Sumber : Sinar Harian via asn

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Wanita Puas Hati Berj0get Ketika Suami Di Ambng M4ut, Rupanya Masa Sihat Dia Selalu Curng

Di laman sosial kecoh beberapa rakaman video menunjukkan seorang wanita sakan menari ketika suaminya sedang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.