Home / Semasa / Selepas teruk diasak, menteri kewangan akhirnya buat keputusan ini utk pengeluaran wang KWSP

Selepas teruk diasak, menteri kewangan akhirnya buat keputusan ini utk pengeluaran wang KWSP

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memberi bayangan tiada lagi pengeluaran khas dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenarkan selepas pelaksanaan skim i-Lestari, i-Sinar & i-Citra sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, skim i-Lestari, i-Sinar & i-Citra sebelum ini merupakan pengeluaran pra-persaraan yg hanya diperkenalkan sebagai langkah sementara.

“Tiga program ini hanya langkah sementara bagi membantu kelangsungan hidup ahli KWSP dalam menempuh impak Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKR).

“Negara lain seperti Australia, Chile & Peru juga membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat, tetapi sekarang tdk lagi dibenarkan.

“Singapura pula langsung tdk membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan Covid-19,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini sekali lagi menggesa kerajaan utk benarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), mengatakan ia adalah demi memenuhi permintaan rakyat.

Berucap pada perbahasan sidang Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata ini adalah kali keempat beliau membuat gesaan tersebut.

“Siapa hendak claim kredit (mendapat nama) tak kisahlah.

“Asalkan permintaan pengeluaran kali terakhir ini, yg sangat diharapkan oleh rakyat dapat dipenuhi kerajaan dengan segera,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Najib adalah antara yg lantang mendesak kerajaan supaya membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP walaupun ahli ekonomi & badan itu mengatakan simpanan pencarum sudah semakin terhad selepas pengeluaran sepanjang pandemik Covid-19.

Pada Disember, KWSP berkata walaupun caruman boleh dikeluarkan sepanjang sekatan pergerakan bagi membendung wabak, namun ia tdk boleh dilaksanakan k3rana terikat dengan undang-undang yg memberikan panduan bagaimana caruman pencarum diuruskan.

“Skala & kesan pandemik Covid-19 yg tdk dijangka serta kejadian bencana alam baru-baru ini menolak perlindungan sosial semasa negara ke tahap maksima, & pendekatan menggunakan simpanan KWSP utk keperluan kecemasan pastinya akan memberikan impak yg teruk tatkala ahli sedang berhadapan dengan ketidakcukupan wang simpanan persaraan, ditambah lagi dengan ketidaktentuan lain seperti peningkatan kos penjagaan kesihatan,” kata KWSP.

Gesaan Najib supaya rakyat dibenarkan utk melakukan “pengeluaran kali terakhir” dibangkitkan semula ketika banjir melanda Kelantan & Terengganu, selepas sebelum ini menyasarkan serangannya terhadap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yg menolak utk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP ketika bencana alam itu melanda beberapa negera akhir tahun lalu.

“Usahlah dengar nasihat menteri kewangan ketinggalan zaman PN,” katanya, merujuk kerajaan Perikatan Nasional.

“Dengarlah rintihan rakyat. Last sekali pengeluaran khas. Lepas itu, fokus utk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya,” kata Najib

Dalam ucapannya hari ini, Najib turut berkata beliau menerima permintaan pengikutnya di media sosial yg mahu isu pengeluaran i-Citra dibangkitkan dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Tahun lalu, kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif seperti i-Lestari, i-Sinar & i-Citra yg membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka.

Namun pada Disember, KWSP berkata langkah tersebut menyebabkan penyusutan sebanyak RM101 bilion melibatkan 6.1 juta pencarum, di mana ia menyebabkan ramai daripada mereka hanya mempunyai baki simpanan kurang dari RM10,000, sementara 2.6 juta lagi pencarum kini memiliki simpanan kurang dari RM1,000.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yg menarik & menghiburkan di bawah ini yg dikongsikan seperti berikut:

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Risau Anak Remaja Minat K-Pop? Ini Nasihat Buat Para Ibu Bapa | Article Update

Memang mencabar utk mendidik anak zaman sekarang lebih-lebih lagi ketika mereka sedang meningkat dewasa & …

Leave a Reply

Your email address will not be published.