Home / Semasa / Tuah Mazda, Peugeot & Kia, Bermaz Auto untung RM 40.7 juta, lonjak 23% berbanding Q3 2021

Tuah Mazda, Peugeot & Kia, Bermaz Auto untung RM 40.7 juta, lonjak 23% berbanding Q3 2021

Bermaz Auto Bhd (BAuto) dilaporkan meraih untung bersih sehingga RM 40.71 juta bagi suku 3 yang berakhir pada 31 Januari 2022. Prestasi ini kiranya melonjak 23% berbanding RM 33.08 juta yang diperoleh dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Dari segi hasil juga, mereka menyaksikan peningkatan kepada RM 623.13 juta berbanding RM 597.98 juta. Hal ini dimainkan oleh faktor perubahan campuran jualan di antara operasi kumpulan yang terdiri daripada Mazda, Peugeot dan Kia.

Bagi tempoh 9 bulan mereka bersama yang berakhir pada 31 Januari 2022, keuntungan bersih syarikat mencecah RM 77.02 juta, meningkat daripada RM 67.12 juta. Apapun, hasilnya menurun kepada RM 1.43 bilion, berbanding RM 1.65 bilion yang diperoleh sebelum ini.

 

Menurut Bermaz Auto sendiri, pencapaian keseluruhan yang membanggakan ini turut dibantu oleh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan SST semasa serta pembukaan sektor ekonomi secara menyeluruh.

“Kami akan kekalkan tumpuan pada prospek sektor automotif dan menjangkakan bahawa industri ini akan terus mencabar pada tahun 2022.”, ulas CEO BAuto.

 

Sumber: Berita Harian

 

About admin2

Check Also

(VIDE0) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Seb4k Netizen

(VIDEO) Pelajar Tinggal Bawah Jambatan Tepi Sungai Undang Sebak Netizen Keadaan sebegini amatlah pɛrit utk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.