Home / Semasa / 15 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Rawatan ‘Braces’ Atau Pendakap Gigi | MyBlog

15 Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Mengenai Rawatan ‘Braces’ Atau Pendakap Gigi | MyBlog

Setiap ibu bapa mahukan yg terbaik utk anak mereka dalam setiap aspek termasuklah bidang pendidikan mahupun kesihatan.

Namun, didapati segelintir ibu bapa lebih suka mengikut trend & tdk memahami keperluan sebenar anak mereka.

Pemakaian braces atau pendakap gigi di klinik kerajaan atau swasta misalnya, ramai ibu bapa tdk tahu yg ia sebenarnya menelan belanja yg banyak serta memakan masa bertahun-tahun.

Adakah ianya satu keperluan atau hanya utk bermegah-megah? Bagaimana pula dengan anak mereka itu sendiri? Adakah mereka memang nak pakai braces, atau ibu bapa mereka yg ‘lebih-lebih’?

Perkara ini ditegur oleh seorang doktor gigi, Dr Iqbal Rosali melalui satu hantaran yg dibuatnya di Facebook berikut.

Iqbal Rosali

Salah satu permintaan bila mak ayah bawa anak ke klinik gigi ialah anak hendak pasang braces.

Sedikit penerangan berkenaan rawatan braces atau pendakap gigi ini.

Pastikan anak & ibu bapa tahu keperluan memakai braces ini. Bukan main pakai sahaja. Keperluan ini termasuklah kemahuan anak itu sendiri. Kebanyakan kes, ibu bapa yg risau lebih-lebih gigi anak tak cantiklah, sengetlah.
Ibu bapa kenalah faham. Pakai braces ini bukan senang. Perlu ajar anak itu betul-betul utk jaga gigi itu, tambahan pula bila sudah ada braces. Sebab itu kalau anak tak mahu, ibu bapa tak perlu paksa-paksa.
Itu belum kira sakit gigi selepas setiap kali temujanji. Selepas dawai diketatkan utk menggerakkan gigi. Anak perlu bersedia utk semua itu. Bukan menakutkan tapi itulah realiti.
Memakai braces bukan & jangan ikut trend. Pakai braces juga bukan utk menunjuk-nunjuk apatah lagi sebagai tayangan seolah-olah pakai braces adalah simbolik orang banyak duit.
Perkara paling utama adalah kebersihan gigi & mulut. Bukan tak boleh pasang, tapi kalau sebelum pasang braces banyak plak & gigi berlubang, macam manalah agaknya nak guna berus interdental sedangkan gunakan berus gigi biasa itu pun payah sekali.
Ibu bapa juga perlulah faham prosedurnya dahulu. Untuk pasang braces, perlulah dirujuk dari klinik pergigian primer. Bawa anak periksa gigi di klinik gigi di mana-mana klinik kesihatan. Di situ, kita akan periksa keadaan gigi adakah elok semuanya, tak ada rosak, tak ada karang gigi.
Jika ada gigi rosak atau karang gigi, kita perlu bersihkan itu dahulu. Bukan menonong mahu braces semata-mata.
Kita juga akan periksa keperluan utk pakai braces menggunakan jadual penunjuk disebut sebagai Indeks Keperluan Rawatan (Index of Treatment Needs – IOTN). Indeks ini mengandungi lima (5) gred. Gred 1 – masalah pada fungsi & kesihatan gigi yg minima manakala gred 5 – paling teruk.
Sedikit penerangan berkenaan indeks ini. Jika cuma indeks 1 & 2, maknanya susunan gigi tdk teratur cuma minima. Tidak perlu pakai braces pun. Indeks 3 anda sesuai utk dirujuk bagi mendapatkan konsultasi. Indeks 4 & 5 yg menjadi keutamaan k3rana jika tdk dirawat boleh menyebakan kesan yg lebih teruk lagi.
Banyak juga kes di mana keadaan gigi anak-anak itu cuma pada indeks 1 atau 2. Jadi mereka ini sebenarnya tdk perlukan braces k3rana susunan gigi yg tdk disukai itu hanyalah minima. Setidak-tidaknya utk dirujuk ke klinik pakar orthodontik kerajaan. Di klinik swasta, boleh sahaja pergi.
Bukan kita tdk mahu rujuk semua pesakit ke klinik pakar. Bukanlah kami macam berlagak pandai lebih dari pakar. Tapi percayalah, kalau dirujuk ke pakar sekalipun keputusannya tetap sama. Indeks 1 & 2 tdk perlukan braces.
Bagi yg berjaya dirujuk, anda juga perlu tahu rujukan itu hanyalah utk konsultasi. Pakar akan beritahu ap4 masalah gigi, ap4 rancangan rawatan, perlu ke tak braces, perlu ambil radiograf, perlu ambil acuan mulut & sebagainya. Ibu bapa jangan meletakkan harapan dapat sahaja rujukan terus boleh buat rawatan. Jangan. Konsultasi ini penting. Tanyalah banyak-banyak pada pakar. Bukan senang nak dirujuk.
Seperkara lagi, selepas konsultasi dengan pakar, bukan terus dapat pasang braces. Perancangan ke arah memakai braces perlu teliti. Kalau ada gigi tak keluar, kena tarik keluar. Kalau ada gigi perlu cabut, kena cabut dahulu.
Sebelum terlupa, ingatlah, & ketahuilah, senarai menunggu di klinik pakar orthodontik sangat panjang. Sekarang dapat konsultasi, 2-3 tahun lagi baru dipanggil lagi utk mulakan rawatan. Kena tahu & faham tentang ini.
Kata pendek penerangan. Sampai juga point 15. Okaylah. Sebagai penutup, ap4 yg penting, kebersihan mulut itu perlu diutamakan. Tidak kiralah susunan gigi cantik atau berterabur, gosok gigi tetap 2 kali sehari & berjumpa doktor gigi 2 kali setahun.

Iqbal RosaliDoktor gigi yg ada gigi senget.Pernah dicadangkan pakar utk pasang braces.Syukur dengan kehenseman sedia ada.

BACA: 7 Tip Dari Doktor Gigi Untuk Mengelakkan Masalah Kekuningan Gigi Buat Penggemar Teh Dan Kopi

Sumber & kredit foto: Facebook Iqbal Rosali

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Media Harian menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi… Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesai

KISAH ‘makcik baju merah’ hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu, selepas seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.