Home / Terkini / Ajal pemandu Myvi, terbabas rempuh kereta

Ajal pemandu Myvi, terbabas rempuh kereta

Hulu Selangor: Seorang pemuda maut serta merta selepas kereta dipandu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung kenderaan dinaiki pasangan suami isteri.

Dalam kejadian jam 9 pagi tadi, mangsa lelaki berusia 22 tahun maut akibat kecederaan parah susulan kemalangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh – Bukit Beruntung, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kemalangan berlaku ketika pemuda terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi dalam perjalanan menghala ke pekan Bukit Sentosa.

Beliau berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta Perodua Kelisa dinaiki pasangan suami isteri berusia 61 dan 60 tahun.

“Akibat kemalangan itu, pemuda terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Sementara pemandu lelaki kereta Perodua Kelisa berusia 61 tahun pula dikejarkan ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Arsad meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu supaya menyalurkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

About admin2

Check Also

Koperal polis trafik did4kwa 6 pertuduhan rasu4h RM16,800

MELAKA: Seorang koperal polis trafik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh, hari ini, atas …

Leave a Reply

Your email address will not be published.